Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Bukan setakat dalam negeri, siswa kita di Australia pun ditekan kerajaan

$
0
0
Oleh  NIK NAZMI NIK AHMAD


Isu mengenai Aslam bin Abd Jalil yang merupakan salah seorang daripada pelajar kita di Australian National University (ANU), Canberra yang telah menerima surat tunjuk sebab oleh JPA. Aslam merupakan pelajar yang menerima biasiswa JPA.

Aslam telah menerima surat tersebut melalui kiriman emel pada 18 Jun 2014 yang lalu daripada Penasihat Pendidikan dan Latihan Australia JPA Shahrezan Md Sheriff.

Aslam telah menerima surat berkenaan atas alasan beliau telah mengambil bahagian dalam forum mengenai isu semasa Malaysia yang diadakan di ANU pada 22 April 2014 bersama Tony Pua, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara. Tajuk forum merupakan ‘Race, Religion, Royalty with YB Tony Pua’.

Merujuk kepada perkara tersebut, Aslam telah dituduh melanggar perjanjian 5.5 di dalam perjanjian biasiswa dengan kerajaan persekutuan di mana telah dinyatakan bahawa pihak kerajaan melarang mana-mana pemegang biasiswa untuk mengambil bahagia ataupun menyertai (“penghasutan atau tunjuk perasaan…yang pada pendapat Kerajaan, adalah memudaratkan kepentingan Malaysia atau sesuatu institusi pendidikan”.

Aslam telah diarahkan untuk mengemukakan satu penjelasan bertulis dalam masa 24 jam dan jika beliau gagal melakukan demikian, maka pihak kerajaan akan mengambil tindakan terhadap beliau.

Namun demikian, tindakan ini tidak langsung mengejutkan saya kerana seolah-olah telah menjadi satu tradisi oleh Kerajaan untuk menakut-nakutkan pelajar kita di luar negara supaya tidak menyertai apa-apa program yang melibatkan pihak pembangkang.

Sebagai salah seorang bekas pelajar di United Kingdom kira-kira sedekad yang lalu, saya dan beberapa orang rakan dari Malaysia sering diberi amaran dan digertak supaya tidak mengambil bahagian dalam akitiviti-aktiviti sebegini. 

Saya menerima surat sepertimana Aslam pada 2002 kerana bersama-sama Rafizi Ramli yang kini menjadi Ahli Parlimen Pandan dalam menganjurkan forum di London yang menampilkan Nurul Izzah Anwar, kini Ahli Parlimen Lembah Pantai.

Itu ketika era Dr Mahathir Mohamad. Walau bagaimanapuntransformasi politik yang dicanangkan oleh kerajaan UMNO-BN bawah pimpinan Najib Razak jelas merupakan hanyalah satu pembohongan semata apabila tindakan pelajar Malaysiayang cuba mempraktikkan kebebasan bersuara dan aktiviti intelektual dianggap menggangu ketenteraman dan menghasut.

Malah, Aslam turut berucap di dalam sebuah forum bersama Speaker Selangor Hannah Yeoh dan saya pada 26 Mei 2014.

Setakat ini, kesemua sesi forum ini dilihat tidak ada langsung sebarang agenda hasutan ataupun melanggar kepentingan tanah air. Melainkan jika ada seseorang yang mempertimbangkan untuk mengadakan satu pendebatan terbuka yang mengancam negara.

Rakaman kedua-dua program tersebut boleh ditonton umumsecara atas talian masing-masing melaluihttp://bit.ly/1inGUQB dan http://bit.ly/1plet6A.

Bolehkah Perdana Menteri, Menteri Pendidikan, Menteri Luar Negeri, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Australia and JPA menyatakan apa yang mereka dapat dengan mengambil tindakan terhadap pelajar yang menyertai satu siri forum mengenai hal ehwal semasa?

Bolehkah mereka menjelaskan mengapa mereka menganggap bahawa forum-forum ini menentang kepentingan Malaysia? Lebih-lebih lagi apabila forum ini melibatkan tiga penggubal undang-undang yang dipilih rakyat – Speaker dan Timbalan Speaker sebuah dewan undangan negeri serta Ahli Parlimen Persekutuan.

Dalam masa yang sama, Kerajaan Australia, Australian Capital Territory dan Kedutaan Besar Australia di Malaysia serta pentadbiran ANU, perlu mengambil perhatian bahawa seorang pelajar dari salah satu universiti mereka sedang didakwa di bawah satu pendakwaan yang jelas merupakan pendakwaan politik.

Saya berharap rakyat Malaysia di tanah air dan di luar negara berada dipihak Aslam dan memberikan sokongan kepada beliau. 

Beliau merupakan seorang anak muda Malaysia yang berani dan bijak yang dianggap bersalah hanya kerana mempertahankan apa yang beliau percaya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722