Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Kecewa bantuan banjir lewat, Jingga 13 serah memo ke Kementah

$
0
0

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR : Kecewa bantuan lewat tiba ke negeri-negeri pantai timur yang dilanda banjir, NGO Jingga 13 menyerahkan memorandum ke Kementerian Pertahanan, di Jalan Padang Tembak hari ini.

Fariz Musa
Penyelaras Jingga 13, Fariz Musa meyerahkan memorandum kepada Kementerian Pertahanan, hari ini

Walaupun melalui kawalan ketat di Wisma Pertahanan, penyelaras Jingga 13 Fariz Musa berjaya menyerahkan memorandum bagi mendesak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menghantar operasi bantuan dan membersih rumah mangsa banjir.

“Kita minta Kementah tempatkan anggota ATM di kawasan yang surut banjir untuk membantu membersihkan kawasan kampung yang berlumpur.

“Ramai penduduk kampung terdiri dari warga emas dan wanita. Mereka sudah keletihan akibat banjir. Sekarang terpaksa pula bersihkan kawasan,” kata Fariz kepada Keadilandaily.

Menurut Fariz, petempatan di negeri-negeri pantai timur kebanyakannya adalah kawasan perkampungan.

Justeru, penduduk kampung memberitahu Jingga 13, pihak berkuasa tempatan (PBT) hanya akan membersihkan kawasan tiga bulan dari sekarang.

“Ada banyak infrastruktur awam yang perlu dibersihkan. Masjid, sekolah, balai raya dan sebagainya.
banjir di pusat pemindahan banjir
“Ada juga yang ambil kesempatan kenakan caj pada orang kampung selepas pembersihan dibuat. Kita mahu elak perkara ini. Sebab itu kita desak ATM bantu,” kata Fariz.

Dalam pada itu, Fariz turut mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada ATM dan anggota keselamatan yang membantu operasi bantuan banjir sejak dua minggu lalu.

“Namun, hanya tertumpu di pusat-pusat operasi pemindahan. Sekarang waktu membantu pembersihan,” kata Fariz.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722