Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Rafizi syak gangguan bekalan air taktik BN sabotaj Pakatan

$
0
0

Masdar Wahid


KUALA LUMPUR : Gangguan bekalan air bermula pertengahan Disember ini disyaki taktik berterusan BN mensabotaj pengundi bandar kerana menyokong Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum (PRU) lalu, kata ahli parlimen Pandan Mohd Rafizi Ramli.
Rafizi
“Setiap kali rundingan pengambil alihan pengurusan air oleh kerajaan Selangor, pentadbiran Datuk Seri Najib Razak melengahkannya termasuk mewujudkan ganguan air.

“Ia seolah-olah sabotaj berterusan Najib terhadap pengundi bandar hanya kerana menyokong Pakatan pada PRU lalu,” kata Rafizi kepada Keadilandaily.

Pada PRU 5 Mei lalu, Pakatan kekal mendominasi Parlimen Kuala Lumpur serta mengekalkan pemerintahan Selangor dengan pertambahan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) hari in mengumumkan sejuta penduduk Selangor dan Kuala Lumpur berdepan gangguan bekalan air bermula 17 hingga 22 Disember atas alasan hentitugas (separa) sementara loji rawatan air Sungai Selangor Fasa 2.

Melainkan hospital, pusat dialisis dan rumah ibadat kawasan lain kata Syabas, tiada lori tangki dibekalkan sepanjang tempoh gangguan.

bekalan_air_terjejas

“Syabas dilindungi pentadbiran Najib yang berkuasa besar dalam pengambilalihan air. Sebab itu mereka tidak kisah jika tiada penghantaran lori tangki ke kawasan terjejas.

“Syabas juga tahu perjanjian melindungi mereka.

“Malah pentadbiran Najib juga tahu jika mereka membenarkan Selangor mengambil alih pengurusan air, maka BN ketandusan modal menyerang Pakatan,” katanya.

Rafizi turut menyelar sikap membisu pentadbiran Najib ketika beliau membangkitkan isu itu di Parlimen berhubung penolakan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) terhadap tindakan pengguna menyaman Syabas.

“Saya bertanya kepada kementerian berkaitan, tetapi mereka hanya berdiam diri dan hingga kini tiada jawapan mengenaianya,” katanya lagi.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722