Manzaidi Mohd Amin
KUALA LUMPUR – Pelantikan Tan Sri Richard Malanjum sebagai Ketua Hakim Negara hasil daripada tindakan DAP melobi sejak sekian lama.
Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia, Ir. Khairil Nizam Khirudin mendakwa perkembangan politik mutakhir ini jelas menampakkan agenda DAP menguasai beberapa jawatan strategik negara.
Katanya, tindakan kerajaan menamakan Richard tanpa melalui Parlimen telah menambah senarai pengkhianatan janji oleh Pakatan Harapan (PH).
“Walhal dalam Janji 16 (Mengembalikan Wibawa Institusi Parlimen) Manifesto PH menyenaraikan perkara tersebut dilaksanakan apabila menerajui pemerintahan.
“Janji itu supaya jawatan penting negara seperti pelantikan ke Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman mesti disahkan jawatankuasa yang bersesuaian di peringkat Parlimen.
“Sedangkan, Parlimen bakal bersidang minggu depan (16 Julai), mengapa PH begitu gopoh dan gelojoh?” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Kini menurut Khairil Nizam, secara terang-terangan janji itu telah dicincang lumat dan rakyat dibohongi pemimpin negara tanpa segan silu, sebagaimana juga perangai regim Barisan Nasional (BN) dahulu.
Lebih menggusarkan, katanya, pelantikan itu tidak mendokong aspirasi dan semangat untuk menjaga Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan.
“Beliau punyai reputasi ‘menggerunkan’ terhadap kepentingan Islam sebagaimana penghakiman pernah diberikannya sebelum ini.
“Antaranya kes Lina Joy (2007), penggunaan kalimah Allah (2015) dan baharu sahaja kes pertukaran agama anak M Indira Gandhi (2018) yang pernah menggugat.
“Richard nyata memberi penghakiman berbeza yang menyelisihi Islam, sekali gus membayangkan kecondongan beliau,” katanya..
Sehubungan itu, Ir. Khairil Nizam menggesa pelantikan penting sedemikian dibawa ke Parlimen untuk dibahas dan dibincang bagi membaiki tahap integriti serta kepercayaan rakyat kepada semua institusi penting negara.
Katanya, segala keburukan dan barah dilakukan BN mesti dirawat dan dihentikan. – MalaysiaGazette