Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Tak perlu bertanding PRK Sg Kandis, tumpu pemulihan parti

$
0
0
Manzaidi Mohd Amin
Khairul Azwan Harun
Khairul Azwan Harun


KUALA LUMPUR – Seorang bekas pemimpin Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mencadangkan parti itu tidak meletakkan calon bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis pada 4 Ogos ini.

Bagaimanapun, bekas Naib Ketua pergerakan itu, Senator Datuk Khairul Azwan Harun berkata, terserah kepada pucuk pimpinan UMNO untuk membuat keputusan, tetapi seeloknya parti perlu memberi tumpuan kepada usaha pemulihan.

“Saya telah cadangkan agar parti tak perlu bertanding di PRK Sg Kandis. (Tetapi), terserah pada pucuk pimpinan untuk buat keputusan,” katanya yang dipetik sebagai berkata menerusi laman Twitternya.

Beliau yang tewas dalam pemilihan jawatan Ketua Pemuda UMNO pada 30 Jun lalu berkata, sekiranya UMNO tetap mahu bertanding, diharapkan tidak sekali-kali mengetepikan Barisan Nasional (BN).

“Janganlah ketepikan BN. Gunalah BN kerana kita hidup dalam demografi rakyat yang berbilang kaum, agama, budaya dan latar belakang,” katanya.

Khairul Azwan memberi respon kepada kenyataan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Ahmad Nadzari Dahlan yang dilaporkan sebagai berkata, UMNO kemungkinan akan menggunakan logo parti, bukan BN pada PRK kali ini. – MalaysiaGazette



Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722