MALAYSIA DATELINE
![Husam tidak mahu fikir kemungkinan lantikan sebagai Senator Husam tidak mahu fikir kemungkinan lantikan sebagai Senator]()
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kelantan, Husam Musa menegaskan beliau belum memikirkan persoalan sama ada akan dilantik sebagai Senator dan diberi jawatan dalam kabinet Kerajaan Persekutuan pada masa ini.
Beliau dipetik berkata, ketika ini tumpuannya bersama rakan dalam PH adalah untuk membantu mengukuhkan kedudukan kerajaan menyelesaikan beberapa masalah dalam negara.
“Apa-apa pun, mengenai kedudukan peribadi saya termasuk pelantikan itu (sebagai Senator) boleh dikemudiankan buat sementara ini.
“Sebaliknya mari kita sama-sama memberi fokus menyokong kerajaan PH yang mempunyai agenda besar bagi membangunkan negara ke arah Malaysia baharu,” katanya seprti dilaporkan BHonline hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis perasmian pejabat operasi Parti Amanah Negara (AMANAH) Antara Kaum dan penyerahan borang keahlian serta penubuhan cawangan Kawasan Tanah Merah, malam tadi.
Majlis berkenaan disempurnakan Pengerusi AMANAH Kelantan, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.
Turut hadir Tokoh Agama AMANAH Negeri, Nik Omar Nik Abdul Aziz serta Ahli Jawatankuasa Pilihanraya PH Kelantan, Tan Ah Wang.
Husam yang juga Naib Presiden AMANAH, berkata persoalan seorang wakil PH dari Kelantan dilantik menjadi Senator dan diberi jawatan Menteri atau Timbalan Menteri adalah keputusan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed.
“Kita percaya perdana menteri bersama-sama rakan dalam kabinet akan mengumumkan perkara itu bukan hanya di Kelantan saja malah di negeri lain yang dikuasai pembangkang selepas penyusunan kerajaan berjalan lancar,” katanya.