Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Pakar: Wawasan 2020 berkubur sebelum Najib lagi

$
0
0

 
Penganalisis berkata dakwaan salah guna kuasa hanyalah salah satu daripada penghalang.


Wawasan 2020 adalah sebuah agenda perubahan yang meliputi pelbagai bidang kehidupan diketengahkan oleh Dr Mahathir pada 1991. Beliau membayangkan Malaysia akan menjadi sebuah negara industri dan mampu berdikari pada 2020.


PETALING JAYA: Wawasan 2020 terkubur beberapa dekad lalu dan adalah salah untuk menyalahkan pentadbiran bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak sepenuhnya atas kegagalan dasar itu, kata dua penganalisis sosial terkenal.

Pakar sains politik, Dr Chandra Muzaffar dan profesor sosiologi Dr Syed Farid Alatas memberitahu FMT adalah jelas, hatta pada zaman pemerintahan Dr Mahathir sebelum ini pun, cabaran terhadap agenda pembangunan itu tidak dapat diatasi menjelang tahun 2020.

Wawasan 2020 adalah sebuah agenda perubahan yang meliputi pelbagai bidang kehidupan diketengahkan oleh Dr Mahathir pada 1991. Beliau membayangkan Malaysia akan menjadi sebuah negara industri dan mampu berdikari pada 2020.

Dalam ucapannya minggu lepas, Dr Mahathir berkata Wawasan 2020 tidak lagi boleh dicapai dan menyalahkan salah guna kuasa Najib atas kegagalan itu.
Chandra berkata, salah guna kuasa adalah salah satu daripada banyak faktor yang menggagalkan wawasan itu, dan menambah penilaian lebih tepat perlu melihat semua cabaran dihadapi sekali gus.

Ini termasuk cabaran politik dan sekonomi, selain pertimbangan moral, kata beliau.

Beliau merujuk kepada kajian semula yang diadakan 5 tahun selepas agenda itu dilancarkan dan berkata keputusannya menunjukkan matlamat wawasan tersebut tidak akan tercapai menjelang 2020.

“Malah jika kajian semula itu dibuat 10 tahun lebih lewat, iaitu pada 2001, saya fikir ia juga akan menunjukkan kita ketinggalan di belakang,” katanya.

Chandra berkata, beliau diminta menilai sejauh mana negara telah bergerak menjadi sebuah masyarakat beretika.

“Analisis saya menunjukkan kita ketinggalan dari segi idea sebuah masyarakat beretika,” katanya, dan ini berlaku lama sebelum kes 1MDB.

Korupsi merupakan masalah utama dan integriti tidak diamalkan, hatta pada 1996.

Bagaimana pun beliau berkata, cabaran membina sebuah masyarakat beretika menjadi lebih sukar pada zaman pemerintahan Najib Razak.

Syed Farid bercakap tetang “masalah struktural dalam perkhidmatan awam dan juga sektor swasta”, tetapi bersikap lebih kritikal terhadap sistem pendidikan.

“Kita gagal mewujudkan sebuah masyarakat intensif teknologi dan membangunkan potensi sumber manusia sepenuhnya,” kata beliau.

Beliau mendakwa sistem pendidikan semakin merosot sejak 1970-an dan berpandangan adalah salah untuk menyalahkan pentadbiran pemimpin tertentu sebagai punca kegagalan Wawasan 2020.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722