Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Musa Aman akan pulang tidak lama lagi, kata Fuzi

$
0
0

 
KPN berkata tiada keperluan untuk menghantar pasukannya ke UK bagi mengambil kenyataan bekas ketua menteri Sabah itu.
 
 
 
Fuzi Harun turut menafikan penglibatannya dengan mesej WhatsApp berhubung Naib Presiden MIC S A Vigneswaran mengugut pemimpin MIC menyokongnya sebagai calon presiden.


KUALA LUMPUR: Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata pihaknya yakin bekas ketua menteri Sabah Tan Sri Musa Aman akan pulang ke negara ini dalam masa terdekat.

Ketua polis negara itu berkata, disebabkan itu pihaknya berfikir tidak ada keperluan untuk menghantar pasukan ke United Kingdom (UK) bagi mengambil kenyataan Musa.

“Kita dah ‘alert’ pihak berkenaan termasuk rakan kita di UK. Kita juga sedang menunggu kepulangan beliau,” katanya pada sidang medianya pada Program Derma Darah Sempena Hari Peringatan Polis ke-211 di Bukit Aman hari ini.

Fuzi berkata Musa dikehendaki oleh pihak polis berhubung laporan yang dibuat ke atasnya.
“Tindakan-tindakan perlu untuk lengkapkan siasatan, jadi kita tunggu kepulangan beliau,” katanya.

Sebelum ini, dilaporkan polis sedang memburu Musa berhubung satu laporan ugutan jenayah terhadap Tuan Yang Terutama (TYT) Sabah Tun Juhar Mahiruddin.

Musa selepas itu manafikan dirinya beliau melarikan diri daripada disiasat pihak berkuasa negara ini dan sebaliknya mendakwa sedang berada di UK untuk menjalani rawatan.

Sementara itu, Fuzi turut mengulas mengenai dakwaan yang tersebar menerusi WhastApp yang mendakwa Naib Presiden MIC Tan Sri S A Vigneswaran mengugut pemimpin MIC untuk menyokongnya sebagai calon presiden dan namanya dikaitkan dengan perkara itu.

“Saya dukacita nama saya kaitkan dengan pemilihan MIC. Yang mana kata dari saya itu semua palsu.

“Saya tak boleh terlibat, neutral, non partisan kecuali melibatkan isu-isu jenayah. Apa yang didakwa, dihebahkan menerusi WhatsApp tak benar sama sekali,” katanya.

Fuzi berkata, apa yang diketahuinya, tidak ada laporan polis dibuat mengenai perkara berkenaan.
“Mungkin terbaru ada laporan dibuat pegawai di lapangan,” katanya.

Menerusi WhatsApp yang tersebar, Fuzi didakwa membalas WhatsApp yang tidak diketahui pengirimnya bahawa pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung ugutan dibuat oleh Vigneswaran terhadap ketua bahagian dan cawangan MIC bagi menyokongnya sebagai calon presiden dalam pemilihan parti itu akan datang.

Mengulas mengenai dakwaan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh tidak mengikut prosedur manual dalam merampas harta berkaitan 1MDB, Fuzi berkata afidavit perkara berkenaan telah dikemukakan oleh pegawainya.

“Kita akan beri maklumbalas mengikut afidavit,” katanya.

LIHAT VIDEO DI SINI


Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722