Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Siasatan kes 1MDB: SPRM fokus kumpul bukti di luar negara

$
0
0

 
Ketua pesuruhjaya SPRM berkata, siasatan dalam negara sebelum ini merangkumi separuh daripada kes, manakala bakinya di luar negara.


Shukri Abdull berkata, siasatan dalam negara hampir selesai sepenuhnya dengan 50% pengumpulan bukti tempatan sudah dilengkapkan. (Gambar Reuters)


KUALA LUMPUR: Siasatan kes 1MDB melibatkan siasatan dalam negara hampir selesai sepenuhnya dan kini tumpuan diberikan kepada pengumpulan bukti di luar negara, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull.

Beliau berkata, siasatan dalam negara sebelum ini merangkumi separuh daripada kes, manakala bakinya di luar negara.

“Lima puluh peratus kita dah lengkapkan (kumpul) bukti tempatan, sekarang kita melihat bukti dari luar negara,” katanya selepas majlis penutup Program “Walk Stop Talk: Six Hours Quarter Million Messages” di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, hari ini.

Majlis itu disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Hadir sama Menteri Wilayah, Khalid Abd Samad.
Shukri berkata demikian ketika mengulas lanjut kenyataannya semalam siasatan 1MDB sudah selesai 50%.

Sementara itu, mengenai laporan polis dibuat sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dan saman yang dikemukakan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak terhadapnya, beliau hanya berkata: “Itu hak dia (NGO) untuk buat laporan polis. Samanlah, saya terima biar mahkamah putuskan”.

Semalam, media melaporkan Pemantau Malaysia Baru membuat laporan polis terhadap Shukri selepas tindakannya membekukan akaun keluarga Najib yang didakwa mempunyai unsur balas dendam.

Selain itu, media turut melaporkan Najib mengemukakan saman terhadap 3 individu, termasuk Shukri susulan beberapa kenyataan mereka berkaitan 1MDB.

Dua lagi ialah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh dan Peguam Negara, Tommy Thomas.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722