Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Yammy wajar dipecat jika berkempen untuk DAP, kata veteran Umno

$
0
0
Yammy Samat, ibu kepada calon DAP di Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud ketika membantu kempen anaknya di Teluk Intan, baru-baru ini. Gambar fail The Malaysian Insider.
Yammy Samat, ibu kepada calon DAP di Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud ketika membantu kempen anaknya di Teluk Intan, baru-baru ini. Gambar fail The Malaysian Insider.

THE MALAYSIAN INSIDER


Yammy Samat, ibu kepada calon DAP pada pilihan raya kecil (PRK) Teluk Intan, Dyana Sofia Mohd Daud, wajar dipecat daripada Umno sekiranya didapati benar berkempen untuk DAP, kata Setiausaha Agung Kelab Veteran Umno Malaysia, Datuk Mustapha Yaakub.

Beliau berkata, Umno bersikap tegas mengikut peraturan terhadap anggotanya yang berkempen untuk parti pembangkang dan beliau percaya jawatankuasa disiplin parti akan menyiasat dengan teliti.

"Buat masa ini beri ruang kepada beliau (Yammy) untuk menjawab (tuduhan) tetapi jika (Yammy) benar-benar bersalah, pendirian Veteran Umno tegas beliau wajar dipecat," katanya.

Semalam, Umno menghantar surat tunjuk sebab kepada Yammy kerana didakwa berkempen untuk anaknya dan beliau perlu menjawab dalam tempoh 14 hari.

 Mustapha berkata, sebagai sebuah parti yang mengamalkan konsep keterbukaan, adalah tidak menjadi suatu kesalahan dalam peraturan Umno, apabila ada anggota keluarga ahli Umno itu bertanding mewakili parti pembangkang.

 "Namun menjadi satu kesalahan apabila ahli Umno itu sendiri berkempen untuk anggota keluarga mereka, tidak kira suami atau anak yang bertanding mewakili parti pembangkang," katanya.

Pada PRK Teluk Intan Sabtu lalu, Dyana Sofia, 27, tewas dengan majoriti 238 undi kepada calon Barisan Nasional, Datuk Mah Siew Keong, 53. – Bernama,

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722