Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Dyana Sofya diramal hanya bertahan lima tahun dalam DAP [TONTON VIDEO]

$
0
0
Nur Shakira Buang
Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Walaupun calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud tetap dengan pendirian tidak akan meninggalkan parti itu namun beliau diramal hanya akan bertahan untuk tempoh hingga lima tahun akan datang bersama DAP.
 
Bekas Naib Pengerusi DAP Pulau Pinang, Zulkifli Mohd. Noor berkata, ini kerana jika Dyana menyertai parti itu sebelum 2008 mungkin dia akan menyayangi parti majoriti kaum Cina itu yang jelas mengamalkan prinsip kesederhaan namun tidak lagi kini.
 
Katanya, tetapi selepas tahun itu, DAP disifatkan sebagai parti tiruan dan dipimpin dengan idealogi-idealogi songsang.
 
"Buat waktu ini saya ingat dia tak akan keluar parti tetapi setelah beberapa tahun melaluinya mungkin dalam lima tahun akan datang barulah dia mula faham apa itu DAP hari ini.
 
"Kalau dia masuk DAP sebelum pada tahun 2008 dia akan sayang DAP tetapi dia masuk DAP selepas 2008, DAP yang bukan DAP sebenar DAP tiruan ini yang telah dipimpin dengan idealogi-idealogi songsang ini dia tidak akan bertahan lama," katanya kepada Antarapos.
 
Sebentar tadi, Dyana Sofya, 27, menegaskan tidak akan meninggalkan DAP hanya kerana kekalahannya kepada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong pada Sabtu lalu.
 
Sebaliknya Dyana berkata, beliau akan meneruskan perjuangan politiknya dengan DAP kerana ia adalah parti berbilang kaum. 
 
Kenyataannya itu adalah susulan daripada ramalan Naib Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Ibrahim semalam yang menjangkakan Dyana Sofya akan meninggalkan parti pembangkang itu sebagaimana beberapa pemimpin Melayu lain sebelum ini. 
 
Tunku Abdul Aziz berkata beliau membuat ramalan itu berdasarkan pengalaman sendiri ketika bersama DAP. 
 
Pada 31 Mei lalu, Dyana Sofia, 27, tewas dengan majoriti 238 undi kepada calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mah Siew Keong, 53, pada PRK Teluk Intan. 
 
Zulkifli berkata, Dyana mungkin akan bertahan dalam tempoh lima tahun kerana berasa terhutang budi kepada pemimpin parti itu Lim Kit Siang yang telah mengangkat beliau sebagai calon DAP bagi PRK Teluk Intan meskipun baru sahaja dua tahun berjinak-jinak dalam arena politik.
 
"Orang yang biasa terhutang budi kepada seseorang atau organisasi dia tidak akan membuat keputusan yang begitu mendadak dan dia terlalu baru dalam parti dan dia baru sahaja melalui fasa pertama. Dan apa yang dia dapat itu adalah satu complementary (pelengkap) yang diberi oleh parti kepada dia (Dyana)." 
 
"Dia juga masih akan duduk bersama parti dan dia akan melalui fasa atau pun dugaan   kedua, ketiga dan seterusnya dalam parti dan setelah tiba masanya baru dia akan buat keputusan adakah perjuangan perti itu sesuai dengan diri dia," ujar Zulkifli.
 
Katanya lagi, pencalonan Dyana pada pilihan raya kecil itu jelas memperlihatkan parti itu mempunyai agenda tersembunyi. 
 
"Dalam DAP ini tidak ada satu cawangan pun yang ada calon wanita Melayu, tidak ada satu negeri pun yang pemimpin dia adalah calon wanita Melayu tiba-tiba seorang calon Melayu keluar dari bilik Lim Kit Siang dan terus diberikan ruang untuk bertanding.
 
"Betul kah cara dia ini? Apa yang parti cuba buat sekarang? Apa yang pemimpin parti cuba buat? Adakah dia cuba nak tipu orang Melayu ke? Dia cuba nak tipu orang Cina ke? Dia nak tipu rakyat Malaysia ke? Atau pun dia cuba nak mempermainkan agama Islam ke? Atau nak peralatkan Islam ke? Ataupun DAP nak main-mainkan rakan komponen PR? soalnya.
 
Malah, agenda parti itu kini dilihat lebih terarah kepada mementingkan kuasa DAP untuk memerintah negara sekali gus mengukuhkan lagi kedudukan partinya.
 
"Dia samar-samar, perbuatan pemimpin DAP sekarang kita tak nampak hala tuju. Hala tuju dia adalah mementingkan diri sendiri, kedudukan mereka, kuasa pemerintahan yang bakal dinikmati kelak..inilah DAP sekarang," jelasnya. 
 
Mengulas lanjut kenapa akhirnya perjuangan DAP disedari tidak selari dengan hidup Melayu-Islam, ini jawab Zulkifli: 
  
"Selepas tahun 2008 DAP telah mengubah haluan atau pun corak. Jadi bila DAP dah mengubah corak tidak lagi demokrat sosialis, tiada lagi kesederhanaan yang lebih kurang dengan Islam punya perjuangan kesederhanan, sudah jadi kapitalis, sudah jadi detektor, autokratik..jadi ini tidak sesuai untuk orang Melayu-Islam berkecimpung dalam idealogi baru ini," ujarnya.
 
"Walaupun dah 25-26 tahun (bersama DAP) saya mengundur diri dan tak mahu terlibat dalam politik king makers, kedudukan dan hanya jadi ahli biasa buat waktu ini sebab saya nak tengok perkembangan mereka. 
 
Tambahnya, meskipun beliau kecewa namun Zulkifli tetap mahu melihat agar parti itu kembali kepada perjuangan asal mereka yang lebih bersifat kesederhanaan.
 
"Walaupun saya begitu kecewa tetapi saya masih nak tengok adakah parti ini akan berubah semula kepada parti DAP yang asal sebelum 2008," katanya.            
 
LIHAT VIDEO DI SINI

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722