Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Zarena harap JAIS bantu rayuan tukar nama

$
0
0
Nur Shakira Buang 

 
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Seorang pengantin, Zarena Abdul Majid yang ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ketika majlis perkahwinannya mengikut upacara Hindu sedang berlangsung Ahad lalu, hari ini berharap JAIS dapat membantunya dalam permohonan menukar status agama di Mykad.
 
Dia yang juga kerani pentadbiran di sebuah syarikat swasta berkata, dia dan adik beradiknya dibesarkan oleh ibu mengikut ajaran Hindu setelah bapanya yang mualaf meninggalkan keluarga berkenaan sejak dia masih kecil. 
 
Zarena berkata, ibu bapa bercerai lebih 25 tahun lalu dan dia sudah beberapa kali cuba memohon penukaran status agama di Mykad pada 2007 namun tidak berjaya kerana penukaran tersebut memerlukan tandatangan bapanya.
 
Malah, pengantin wanita tersebut melakukan permohonan sekali lagi pada April lalu.
 
Sehubungan itu, beliau berharap kes itu dapat diselesaikan dengan kadar segera bagi membolehkan beliau meneruskan perkahwinannya.
 
"Saya akan menulis surat rayuan secepat mungkin supaya kes saya tidak berlarutan.
 
"Saya berharap JAIS akan membantu," katanya kepada pemberita.
 
Ahad lalu, JAIS telah menahan Zarena ketika perkahwinannya dengan pasangannya, seorang lelaki beragama Hindu, sedang berlangsung di sebuah kuil di Petaling Jaya.
 
Wanita berusia 32 tahun yang lengkap berpakaian pengantin itu ditahan oleh pasukan anggota JAIS di Petaling Jaya pada kira-kira pukul 10 pagi.
 
Seterusnya, semalam beliau seterusnya dibawa ke ibu pejabat pihak berkuasa tersebut untuk siasatan.
 
Operasi tersebut dijalankan dengan bantuan anggota polis yang berkawal di luar kawasan majlis tersebut, manakala keluarga mempelai memberi kerjasama baik.
 
JAIS dilaporkan menjalankan siasatan mengikut Seksyen 4 Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988.
 
Peruntukan itu meliputi kesalahan memujuk, mempengaruhi atau menghasut orang beragama Islam supaya mengubah keimanan.
 
Zarena berkata, dalam pertemuannya dengan JAIS, pihak berwajib itu telah memintanya menukar nama dan agamanya bagi mengelak beliau diheret ke mahkamah atas dakwaan murtad.
 
Katanya, JAIS berkata demikian setelah Zarena memberitahu bahawa dia dan adik beradiknya dibesarkan oleh ibu mengikut ajaran Hindu sejak beliau masih kecil.
 
"Selepas berbincang dengan JAIS, mereka menasihatkan saya untuk membuat rayuan bagi menukar nama dan agama saya seperti yang dinyatakan dalam MyKad kami.
 
"Walau bagaimanapun, rayuan itu bergantung kepada hasil siasatan JAIS.
 
"Jika masalah ini tidak dapat diselesaikan kami akan berdepan dengan tindakan mahkamah kerana menghina Islam," katanya.
 
Menurut Zarena, bapanya, Abdul Majid merupakan seorang mualaf sebelum ini menukar agama beliau kepada Islam.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722