Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Tuan Ibrahim: Apa usaha untuk perkasa akidah umat Islam?

$
0
0
 
Malaysia mungkin satu-satunya negara yang menetapkan kalimah seperti Allah, Insya Allah, Masaya Allah, zikir, sembahyang dan sebagainya ini menjadi hak milik mutlak umat Islam.




PETALING JAYA: Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menimbulkan persoalan apakah usaha yang diambil kerajaan untuk memperkasakan akidah umat Islam di Malaysia.

Melalui satu kenyataan yang diedarkan hari ini, beliau bertanya mengapa matapelajaran akidah Islam tidak diwajibkan dalam sistem pendidikan Islam dalam negara.

“Mengapa mata pelajaran lain dilihat lebih penting dari akidah umat sehingga menjadi subjek wajib lulus dalam peperiksaan utama tetapi tidak matapelajaran Islam.

“Berapa jam diperuntukkan masa untuk pendidikan akidah?  Berapa banyak pula masjid yang berfungsi dengan baik dengan pengajaran akidah di kalangan para jamaah,” soal beliau.

Menurutnya, tindakan kerajaan yang mengawal gejala murtad di kalangan orang Islam harus dipuji kerana ia merupakan sebahagian tanggungjawab pemerintahan Islam yang dituntut untuk memelihara akidah umat.

Bagaimanapun, Tuan Ibrahim berkata Malaysia mungkin satu-satunya negara yang menetapkan kalimah seperti Allah, Insya Allah, Masaya Allah, zikir, sembahyang dan sebagainya ini menjadi hak milik mutlak umat Islam.

“Kenapa ianya dilarang kepada bukan Muslim untuk menggunakan kalimah tersebut?.

“Jawapannya kerana dikhuatiri ia akan menimbulkan salah faham, kekeliruan dan akhirnya boleh menyebabkan penganut Islam negara ini terpengaruh dan akhirnya keluar dari Islam dan menganut agama lain, kerana menganggap sama sahaja agama-agama yang lain kerana penggunaan istilah-istilah tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau lagi, jika benar perkara ini berlaku, tindakan kerajaan menghalang agama lain dari menggunakan istilah-istilah Islam ini tidak membawa manfaat.

“Jika benar, maka kerajaan mesti memperkukuhkan aqidah umat Islam dan bukannya dengan menyekat penggunaan istilah Islam di kalangan bukan Islam.

“Adalah mustahil  kerajaan dapat mengawal penggunaan istilah-istilah tersebut, terutama dalam perkembangan media baru yang pelbagai variasi. Sesiapa boleh sahaja menulis, menyebar dan menyalur maklumat dakyah mereka,” tegas beliau.

Dalam masa yang sama, beliau turut mempersoalkan mengapa terjemahan kitab Bible dengan menggunakan kalimah Allah hanya dibenarkan di Sabah dan Sarawak.

“Kalau isu Allah ialah isu akidah, ia sepatutnya selaras kesemua negeri, bukan terpilih ada yang dibenar dan ada negeri yang dilarang. Oleh itu, isu Allah ini lebih bersifat politik dari memperkasakan akidah.

“Jika betul isunya berkaitan dengan aqidah, apakah kerajaan hanya jaga Islam di Semenanjung, dan berapa ramai umat Islam Sabah dan Serawak yang murtad kerana isu ini?,” katanya sambil menambah isu ini dimainkan bagi menutup isu tekana ekonomi yang dihadapi rakyat.

Semalam, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) merampas 300 kitab Bible berbahasa Malaysia milik Persatuan Bible Malaysia di pejabat mereka di Damansara Kim di bawah Enakmen 1988 Agama bukan Islam di Selangor (Kawalan Penyebaran Agama kepada Orang Muslim) yang melarang orang bukan Muslim di Selangor dari menggunakan 35 perkataan Arab termasuklah Allah dan nabi.

Tindakan JAIS itu diambil tanpa pengetahuan kerajaan negeri Selangor dan Tuan Ibrahim berkata tindakan ‘lepas tangan’ yang diambil oleh pihak yang mengeluarkan arahan adalah tidak adil kepada pegawai-pegawai JAIS yang menjalankan tugas.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722