Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Tahun 2013 berakhir dengan penuh kehangatan

$
0
0
 
Ada usaha daripada Najib untuk bertemu Anwar Ibrahim berhubung agenda pendamaian nasional dan difahamkan ada tawaran jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) kepada Anwar.

 

Bahagian Ketiga



Siapa sangka kepanasan yang semakin surut selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) pada 05 Mei tiba-tiba bergelegak semula tanggal 02 September apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kenaikan harga petrol dari RM1.90 seliter kepada RM2.10 seliter dan harga diesel dari RM1.60 seliter ke RM1.80 seliter. Kenaikan 20 sen ini Najib menyifatkan sebagai rasionalisasi subsidi atau pengurangan subsidi.

FMT ingin menyorot kembali peritiwa menarik empat bulan terakhir sebelum tahun 2013 melabuhkan tirainya sebelum episod baru di tahun 2014 bermula kini.

September 2013

Menyifatkan sebagai salah satu dasar rasionalisasi subsidi, Perdana Menteri, Najib mengumumkan kenaikan harga petrol dari RM1.90 seliter kepada RM2.10 seliter dan harga diesel dari RM1.60 seliter ke RM1.80 seliter. Kenaikan 20 sen ini memberikan berantai (chain reaction) apabila harga barang keperluan juga mengalami kenaikan mendadak walaupun kerajaan memberi jaminan tidak akan berlaku kenaikan harga barang.

Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mohd Nazree Mohd Yunus berkata ada usaha daripada Najib untuk bertemu dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung agenda pendamaian nasional (National Reconciliation) dan difahamkan ada tawaran jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) kepada Anwar.

FMT juga tidak pernah melupakan isu-isu berkaitan peneroka Felda dan sentiasa mengangkat isu mereka dalam portal berita ini.

Seramai 107 peneroka Felda Palong 2 dari Jempol menuntut agar pihak pengurusan Felda Palong 2 dan Jawatankuasa Keselamatan Kemajuan Kampung (JKKK) Felda Palong 2, memberi penjelasan berhubung status tiga akaun tabung yang melibatkan peneroka Felda Palong 2 yang dilabur di dalam Koperasi Permodalan Felda (KPF).

Sebuah insinerator bertujuan melupuskan sisa-sisa pepejal bakal di bina di Tanah Merah berdekatan Sendayan di Seremban dan dijangka beroperasi pada awal tahun 2015.

Pemilihan Umno kali menyaksikan semua penyandang Ketua Bahagian Umno di Negeri Sembilan dicabar.

Seramai 12 individu yang terdiri daripada ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM), aktivis NGO Jerit dan penduduk kampung ditahan polis di Kampung Hakka, Mantin apabila hampir 200 penduduk kampung tersebut cuba menghalang pemaju merobohkan kediaman mereka.

Oktober 2013



Seramai 50 penduduk Kampung Hakka, Mantin berkumpul di hadapan Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan untuk menyerahkan sebuah memorandum yang meminta Mohamad agar campurtangan dalam isu Kampung Hakka yang akan dirobohkan oleh pemaju untuk projek pembangunan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepayang, Cha Kee Chin (DAP) mempertikaikan permintaan Belanjawan Tambahan P50 sebanyak RM10 juta yang dipohon oleh Kerajaan Negeri Sembilan dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), Negeri Sembilan ke-13 (Penggal Pertama).

Selepas sebulan menunggu dan gagal mendapat penjelasan daripada Jawatankuasa Keselamatan Kemajuan Kampung (JKKK) serta pengurusan Felda Palong 2 di Jempol; sekumpulan peneroka mewakili 107 peneroka dari tanah rancangan tersebut membuat laporan polis di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Seremban.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan yang bertanding untuk jawatan Majlis Kepimpinan Tertinggi (MKT) Umno, berharap perwakilan memilih pemimpin yang bertanding untuk jawatan tersebut biarlah tokoh ukuran dan bukannya tokoh siaran.



“Jangan jadikan pemilihan dalam Umno sebagai pesta. Pemilihan Umno untuk memilih pemimpin yang boleh buat kerja, yang boleh beri pandangan dan yang boleh mendokong Presiden Umno, Najib Tun Razak dan Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin.,” katanya.

Ketua Pemuda DAP, Teo Kok Seong mendakwa Kerajaan Persekutuan membazirkan duit rakyat begitu sahaja apabila menyewa kenderaan rasmi dari sebuah konsesi sewa kereta dengan nilai sebanyak RM8 juta sebulan.

Pada 25 Oktober, ketika membentangkan Bajet 2014, Najib mengumumkan satu lagi rasionalisasi subsidi apabila baki subsidi gula sebanyak 34 sen ditarik balik menjadikan harga gula meningkat dari RM2.50 sekilo ke RM2.84 sekilo.

Pengumuman ini membuatkan harga makanan dan minuman terutama di restoren juga naik.

Pada hari yang sama ketika membentangkan Bajet 2014, Najib juga mengumumkan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang akan berkuatkuasa bermula April 2015.

November 2013

Penduduk Kampung Hakka, Mantin mengadakan protes di hadapan pejabat pemaju Mega 9 Housing Sdn Bhd.

Pengerusi Mega 9 Housing Sdn Bhd, Ng Kek Kiong menafikan bahawa syarikat beliau tidak menawarkan pampasan yang setimpal kepada penduduk Kampung Hakka.



Ng mendakwa pihaknya menawarkan beberapa pilihan pampasan dan 85 peratus penduduk setuju dengan tawaran tersebut.

Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arutchelvan menyangkal kenyataan Mohamad bahawa tanah Kampung Hakka di Mantin dijual kepada pemaju.

“Walaubagaimanapun hasil carian kami di Pejabat Tanah Negeri Sembilan mendapati tanah Kampung Hakka, Mantin tidak dijual kepada pemaju Mega 9 Housing Sdn Bhd, sebaliknya dipindah hak milik oleh Majlis Perbandaran Nilai (MPN) kepada Mega 9 Housing Sdn Bhd,” kata Arutchelvan.

Isu persempadanan diantara Negeri Sembilan dengan negeri Pahang dan negeri Johor serius apabila beberapa isu berkaitan masih belum diselesaikan.

Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau berkata pemimpin veteran harus memberikan laluan kepada pemimpin muda untuk menerajui parti.

Dewan Ulama PAS seharusnya menjadi ‘front line” dalam PAS di kawasan kampung dengan berdakwah dan menjelaskan pembaharuan yang akan dibawa oleh PAS dan Pakatan Rakyat sekiranya berjaya membentuk kerajaan pusat.

Dewan Ulama PAS harus bergerak ke depan mengikut peredaran masa dan menonjolkan kepimpinan mereka yang boleh memimpin parti bukan dengan mengeluarkan ‘fatwa’ sahaja tetapi terlibat secara langsung dalam proses berpolitik dengan mendepani isu-isu rakyat.

PAS Johor tetap menjadikan isu-isu rakyat seperti kemiskinan, inflasi, tiada peluang pekerjaan, gaji yang rendah dan kenaikan harga barang sebagai fokus utama apabila berkempen terutama di kalangan pengundi Melayu.

Analisa FMT berpendapat 18 Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang dipilih oleh 1, 086 perwakilan lebih cenderung kepada sentimen dan kenegerian berbanding ‘track record’ calon tersebut.

Ada calon yang kelibatnya dalam kancah politik tanahair jarang-jarang menonjol tetapi menang. Sebaliknya ada calon yang sering mendepani isu-isu rakyat pula yang tersungkur.

December 2013

Tidak cukup dengan pengumuman kenaikan harga minyak dan gula serta pengumuman pelaksanaan GST pada April 2015; kerajaan menambah lagi derita rakyat apabila mengumumkan kenaikan tariff elektrik.

Kenaikan sebanyak 14.89 peratus atau 4.99 sen kilowatt sejam akan menjadikan tariff elektrik sebanyak 38.53 sen kilowatt sejam berkuatkuasa 01 Januari 2014.

Belum sempat rakyat hadam dengan pelbagai siri kenaikan ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Abdul Wahid Omar pula membayangkan cadangan kenaikan kadar tol pada tahun 2014.

Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Loke Siew Fook mahu Pakatan Rakyat Negeri Sembilan memulakan langkah awal dan mengenalpasti siapakah bakal Menteri Besar Negeri Sembilan sekiranya Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan negeri pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) nanti.

Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank mendakwa Hong Leong Bank memisahkan keluarga kakitangan apabila 49 kakitangan bank itu dipusatkan ke cawangan lain di bawah usaha yang dipanggil “Penghuban dan Pemusatan”.

Cadangan Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Loke Siew Fook yang mahu Pakatan Rakyat Negeri Sembilan mengenalpasti, memutuskan dan menampilkan calon Menteri Besar Negeri Sembilan sekurang-kurangnya dua tahun sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) mendapat reaksi positif daripada PAS Negeri Sembilan.

Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani berkata cadangan menamakan dan menampilkan “Menteri Besar in waiting” perlu di bawa ke mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (MPPR) Negeri Sembilan untuk dibincangkan dengan lebih lanjut sebelum membuat keputusan.

Menteri Besar Negeri Sembilan. Mohamad Hasan memberi amaran akan menarik balik lesen operasi bot pisang (banana boat) sekiranya pengusaha bot pisang di pantai Port Dickson dan Telok Kemang tidak menitikberatkan aspek keselamatan penumpang.

Ekoran penerokaan kuari oleh sebuah syarikat berhampiran dengan sebuah perkampungan Orang Asal iaitu Kampung Gebok di Mantin, berdekatan Seremban; sumber pendapatan utama penduduk kampung terbabit terancam.

Kerajaan  Negeri Sembilan akan menyemak semula elaun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi meringankan beban mereka ketika menjalankan tugas membantu rakyat.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Mohamad Hasan berkata kali terakhir elaun ADUN dinaikkan ialah 15 tahun lepas.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722