MALAYSIAKINI
Malaysian Airlines (MAS) akan melaporkan lewat hari ini pendapatannya bagi suku tahun pertama yang akan mengesahkan seteruk mana kesan kehilangan MH370 terhadap kewangan syarikat penerbangan itu.
Selepas bertahun-tahun bergelut untuk menampung kos yang tinggi dan pesaing serantau dan antarabangsa, prestasi suku tahun MAS menjadi tidak menentu dengan mengurangkan trafik dan potensi kos yang dikaitkan dengan kehilangan pesawatnya yang menurut penganalisis membuat mereka tidak dapat mengeluarkan anggaran untuk Januari-Mac.
Syarikat penerbangan itu melaporkan kerugian bersih sebanyak RM343 juta ($106 juta) bagi suku akhir 2013, dan pada yang sama, dihimpit oleh AirAsia Bhd bagi laluan jarak dekat, dan syarikat Teluk serta AirAsia X bagi pasaran jarak sederhana dan jarak jauh.
Angka pendapatan bagi suku tahun pertama dijangka diumumkan selepas urusniaga bursa saham Malaysia ditutup petang ini.