MALAYSIAKINI
Sebuah badan pemikir yang ada berkaitan dengan PKR menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya membawa Malaysia keluar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berikutan dakwaan beliau bahawa humanisme dan sekularisme adalah ancaman kepada Islam.
Pengarah Penyelidikan Institut Rakyat, Yin Shao Loong berkata itulah langkah yang lojik bagi perdana menteri kerana PBB merupakan penganjur utama hak asasi manusia di seluruh dunia.
Ketika berucap merasmikan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan di Kuantan semalam, malam tadi Najib dilaporkan berkata fahaman itu dilihat seolah-olah menjadi satu cabang agama baru yang amat pesat berkembang di dalam dan luar negara.
Menurut perdana menteri lagi, fahaman humanrightisme itu - rambu dan rencah utamanya berasaskan pemikiran humanisme dan sekularisme serta liberalisme.
Najib dilaporkan berkata ia bersifat songsang apabila mengagungkan kehendak dan nafsu manusia semata-mata dan menolak sebarang sistem nilai yang merangkumi norma agama dan adab susila dan mereka lakukan itu kononnya atas dasar memperjuangkan hak asasi manusia.
Dalam satu kenyataan semalam, Yin menegaskan bahawa PBB mempromosi Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat, yang merangkumi kebebasan bersuara, kebebasan beragama, persamaan dan persaudaraan di kalangan manusia, kebebasan dan keselamatan diri, kesaksamaan di sisi undang-undang, dianggap tidak bersalah sebelum terbukti bersalah, hak untuk kebebasan berhimpun secara aman dan berpersatuan, hak untuk pendidikan, dan lain-lain ancaman terhadap prinsip-prinsip tersebut