Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Timbalan presiden: Khalid semakin hampiri Azmin

$
0
0
MALAYSIAKINI


 


Persaingan pemilihan timbalan presiden PKR bertambah sengit apabila Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semakin merapati penyandang Azmin Ali.

Bagaimanapun, terdapat tiga keputusan tidak rasmi berhubung pemilihan PKR sehingga ini.

Keputusan tidak rasmi yang diperolehi Malaysiakini menunjukkan Azmin kini memperoleh 10,435 atau 39 peratus undi berbanding Khalid yang makin rapat dengan 9,582 (36 peratus)

Seorang lagi calon Datuk Saifuddin Nasution memperolehi 6,586 undi (25 peratus)

Keputusan rasmi sehingga 4 Mei yang diperoleh Malaysiakini, Azmin mendapat 9,876 undi mendahului Khalid (6,217) dan Saifuddin (5,717).

Azmin ketika itu mendapat 45 peratus undi manakala Khalid ketinggalan dengan hanya meraih 29 peratus.

Secara matematik, Khalid boleh mengejar kedudukan Azmin sekiranya dapat mengekalkan momentum dan memperolehi sokongan besar dalam pengundian semula yang melibatkan 27 cabang yang dijangka berlansung hujung minggu ini.

Bagaimanapun beliau bakal berdepan tugas sukar apabila kebanyakan cabang yang mengadakan undian semula itu merupakan kubu kuat Azmin sebelum ini.

Rapati jurang

Sementara itu,  setiausaha politik Khalid, Azman Abidin pula berkata keputusan yang diperolehinya selepas dikira semua cabang termasuk Shah Alam, menunjukkan jurang semakin rapat apabila Khalid, menurutnya, kini meraih kira-kira 10,800 undi, rapat mengekori Azmin yang mendapat sekitar 11,300 undi.

Beliau yakin Khalid berpeluang memintas Azmin selepas diadakan pengundian semula di cabang-cabang terlibat.

"Melalui mood dan ‘trend’ pengundian di Wilayah Persekutuan dan cabang-cabang di Selangor yang keputusannya diterima oleh JPP (Jawatankuasa Pemilihan Pusat), kami menganggarkan keputusan undian kepada Tan Sri Khalid  akan melonjak naik," katanya kepada Malaysiakini.


Manakala menurut satu lagi keputusan tidak rasmi sehingga ini, Azmin mendapat 16,181 undi (46 peratus), Khalid memperolehi 11,839 undi (32 peratus), manakala Saifuddin meraih 7,627 undi (21 peratus)
 
Sebelum ini Pengerusi JPP,  Datuk Johari Abdul mengumumkan sejumlah 27 cabang seluruh negara digantung  lalu berikutan kekecohan dan kegiatan penipuan undi.

Tiga belas daripada cabang terlibat iaitu empat di Terengganu (Setiu, Kuala Nerus, Kemaman, Dungun) dan masing-masing dua di Pahang (Paya Besar, Jerantut); Johor (Pengerang, Tenggara); Sarawak (Batang Sadong, Kapit) dan Sabah (Tenom dan Keningau). Cabang terbabit akan mengadakan pemilihan semula pada 17 Mei depan.

Manakala empat lagi cabang iaitu Tawau dan Papar di Sabah, Bukit Katil (Melaka) dan Sungai Petani (Kedah) akan mengadakan pemilihan semula pada tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Sementara itu pada pemilihan di Selangor minggu lalu terdapat kekecohan di 12 cabang namun hanya 10 yang digantung.

Gantung 10 cabang

Cabang Gombak dan Shah Alam bagaimanapun tidak digantung walaupun kekecohan dilaporkan ketika proses pengundian.

Cabang Shah Alam juga masih belum termasuk dalam kiraan.

Sepuluh cabang yang digantung adalah Sabak Bernam, Sungai Besar, Subang, Klang, Selayang, Kota Raja, Kuala Selangor, Hulu Selangor, dan Kapar.

Johari bagaimanapun masih tidak menetapkan tarikh pemilihan di kawasan terbabit.

Azmin menang jawatan timbalan presiden PKR dalam pemilihan parti itu pada 2010 dengan mengalahkan Mustafa Kamil Ayub yang juga bekas naib presiden parti ketika itu.

Manakala Datuk Zaid Ibrahim, seorang lagi pencabar pada pemilihan 2010, menarik diri pada saat-saat akhir.

Dalam persaingan ketika itu, Azmin menang dengan memperolehi 19,543 undi dari 218 cabang PKR.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722