Azuan Ab Rahman
KUALA LUMPUR : Keluarga Saiden Muslimin Ismail, aktivis Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas 2012) hari ini bertemu NGO bagi mendapatkan nasihat undang-undang.
Perjumpaan hari ini melibatkan wakil Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) Syed Ibrahim Syed Noh dan wakil Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Ahmad Syukri Razab.
Turut hadir ialah Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Eric Paulsen bagi membolehkan satu pertemuan antara tahanan dengan keluarganya dalam kadar segera.
“Kita telah bawa isteri tahanan bertemu dengan sekumpulan peguam bagi membincangkan beberapa perkara termasuk usaha untuk mempertemukan tahanan dengan isteri beliau.
“Buat masa ini kita akan tumpukan kepada usaha itu dahulu,” jelas Penyelaras SAMM Negeri Johor, Ahmad Anwar Asyraf.
Saiden, anggota SAMM Muar, yang berasal dari Muar, Johor berumur 24 tahun, baru sahaja mendirikan rumahtangga akhir tahun 2013 bergerak aktif dalam menjayakan banyak program anjuran SAMM.
Difahamkan, Saiden ditahan hujung April lalu dengan pertuduhan disyaki pengganas yang ingin menjalankan misi jihad di beberapa negara timur tengah yang sedang bergolak.
Penyelaras SAMM Kebangsaan, Badrul Hisham Shaharin atau CheguBard sebelum berkata penahanan melibatkan anggota SAMM Johor itu berkemungkinan asakan politik mengaitkan gerakan anak muda yang menentang dasar kerajaan dengan aktiviti militan