MALAYSIAKINI
Badan pemantau pilihan raya BERSIH 2.0 menggesa pihak yang mungkin mempunyai maklumat melibatkan rasuah mengenai hubungan politik dalam kemelut di Terengganu agar tampil mendedahkan perkara itu.
BERSIH 2.0 dalam kenyataannya mengesyaki berlaku tipu helah dalam usaha menyelesaikan kemelut yang melanda apabila BN kehilangan penguasaan majoriti di DUN Terengganu dalam drama dua hari itu.
Menurut kenyataan itu, BERSIH 2.0 juga mendapati penyelesaian dalam isu tersebut menunjukkan parti politik lebih diutamakan berbanding tadbir urus.
“BERSIH 2.0 menggesa sesiapa yang mengetahui mengenai usaha untuk membeli atau menjual hubungan politik dengan keuntungan kewangan – terutamanya menggunakan dana awam atau kemudahan lain – untuk mendedahkan maklumat kerana rasuah seperti ini pastinya akan memusnahkan negara,” kenyataan itu dipetik.
BERSIH merujuk kepada tindakan tiga orang ADUN BN meletak jawatan dari Umno yang menyebabkan parti itu menjadi kerajaan minoriti di negeri Terenganu.
Bagaimanapun, tidak sampai 48 jam selepas itu, ADUN Bukit Besi Roslee Daud membatalkan perletakan jawatannya dari Umno.
Dua lagi, bekas MB yang juga ADUN Kijal Datuk Seri Ahmad Said dan ADUN Ajil Ghazali Taib juga menarik balik surat mereka hari ini.
“(Perkembangan ini) bukanlah kali terakhir krisis seperti ini berlaku. Kita mesti menguatkan tekanan agar tindakan untuk betul diambil jika ia kembali berulang.
“Menteri besar perlu mendapat persetujuan Sultan untuk membubar DUN agar mereka mendapat mandat yang kukuh untuk mentadbir negeri,” katanya.
Ia turut menegaskan bahawa Istana tidak seharusnya menentukan bahawa sesuatu kerajaan itu masih mendapat sokongan rakyat dengan hanya memanggil wakil rakyat.
“(Ini) akan mengheret institusi diraja ke kancah politik kepartian dan menjejaskan imejnya seperti yang berlaku dalam krisis perlembagaan Perak pada 2009.
Dalam krisis tersebut, Sultan menolak permohonan menteri besar untuk membubarkan DUN selepas beberapa wakil rakyat Pakatan Rakyat berpaling tadah.
Baginda kemudiannya mengarakan BN membentuk kerajaan baru selepas mendapati BN mendapat sokongan majoriti di Dewan.