Azuan Ab Rahman
KUALA LUMPUR Pihak polis tidak seharusnya membelakangi kepentingan keluarga tahanan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas 2012) atau Sosma dengan merahsiakan lokasi penahanan mereka.
Penyelaras SAMM Johor, Ahmad Anwar Asyraf berkata demikian berikutan penahanan anggotanya Saiden Muslimin Ismail 24, di bawah Seksyen 4(1), akta tersebut yang telah memasuki minggu kedua.
“Sudah hampir 2 minggu ditahan, pihak polis seharusnya memaklumkan dimanakah lokasi sebenar Saiden ditahan,” kata Anwar.
“Sudahlah keluarga mangsa tidak dapat bertemu tahanan, dimana lokasi ditahan juga tidak dimaklumkan.
“Ini satu bentuk penderaan mental yang dibuat dengan tujuan untuk menakut-nakutkan,” tegasnya lagi.
Kata Anwar penahanan Saiden hanya dimaklumkan kepada isterinya selepas 48 jam, dan sehingga kini pihak polis tidak memaklumkan sebarang perkembangan terkini berhubung penahanan Saiden kepada keluarganya.
Kata Anwar, tindakan ini jelas menimbulkan rasa tidak senang ahli keluarga mangsa.
Jesteru beliau menuntut perbicaraan segera dan mengingatkan pihak polis agar tidak mengabaikan hak-hak Orang Kena Tahan sepanjang kes ini disiasat.
“Jika ada bukti kukuh, lakukan pendakwaan segera secara terbuka dimahkamah.
“Jangan bertindak mendera tahanan dan keluarga mereka dengan mempergunakan akta tersebut yang jelas bersifat zalim,” tegas Ahmad Anwar.