DETIK DAILY
KUANTAN - Pas ada kekuatan tersendiri dan tidak mudah terpengaruh dengan kekuatan seseorang individu atau tokoh.
Pesuruhjaya Pas Pahang, Rosli Abdul Jabar mengakui bahawa parti Islam itu tidak pernah tergugat dengan dua tokoh dalam Pakatan Harapan (Harapan) iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad kini menjadi rakan gabungan dalam Harapan.
Tegasnya, ini kerana Pas mempunyai aura tersendiri dalam memenangi hati rakyat untuk terus menyokong mereka.
“Pas ada kekuatan dan kelebihan tersendiri. Kita yakin dengan kekuatan yang kita ada... Malah kita sedikit pun tidak rasa tergugat dengan individu tersebut (Anwar dan Tun Mahathir).
“Apa yang penting bagi kita adalah gerak kerja kita dalam parti untuk mencapai matlamat parti iaitu mengambil alih negeri ini (Pahang),” katanya di sini, semalam.
Kelmarin, Penganalisis Politik, Prof Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood meramal Anwar berpeluang berkempen sekiranya PRU14 diadakan selepas Jun depan.
Gabungan antara Anwar dan Tun Mahathir didakwa mampu memberi peluang dan kelebihan kepada Harapan, selain kebolehan Anwar dalam berpidato.
Rosli sebelum itu mengadakan ziarah di rumah orang tua dan warga emas masyarakat Tionghoa di Kampung Baru di sini, semalam.
Menyentuh mengenai lawatan itu, Rosli berkata, walaupun Pas tiada lagi tahaluf siyasi dengan DAP, namun hubungan parti itu dengan masyarakat cina tetap terjalin mesra.
Sehingga kini, beliau masih lagi meneruskan hubungan dengan masyarakat itu dengan menziarah dan menghulurkan sumbangan kepada mereka di rumah warga emas dan rumah Orang Tua Lucky Care Home.
“Hari ini, saya agak sedih sebab kedatangan saya tak disambut oleh pemilik rumah kebajikan ini sebab dia dah meninggal dunia dua bulan lalu,” katanya.
Dalam pada itu, jelasnya, meskipun kemampuan dana yang terhad, namun program ziarah rakyat yang menjadi agenda utama tetap diteruskan.
Rosli berkata, bantuan tetap diberikan kepada penduduk tanpa mengira sama ada Melayu, Cina ataupun India.
“Saya sedaya upaya akan melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberikan,” katanya.