DETIK DAILY
DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR
1. Perkembangan politik Malaysia khususnya di Selangor makin mendapat perhatian apabila Pesuruhjaya PAS Selangor membuat kenyataan bersedia menawar Tan Seri Khalid bertanding mana mana kerusi Dun tanpa syarat dan tiada masaalah untuk menerima Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor selepas Pru14 biarpun Tan Seri Khalid tidak bertanding atas tiket Pas seperti yang disiarkan akhbar Sinar Harian 4 Feb 2018.
2. Nampaknya PAS tidak perlu menunggu sehingga selepas pru14 untuk jadi kuasa penentu apabila pilihan hati sudah dizahirkan dalam menentukan siapa bakal MB Selangor selepas pru14.
Berdasarkan kenyataan Pesuruhjayanya, dengan memilih Tan Sri Khalid Ibrahim secara tidak langsung menunjukan PAS Selangor sudah tentu mendapat 'lampu hijau' dari PAS pusat untuk menerima Tan Sri Khalid sebagai Menteri Besar.
3. Penerimaan PAS untuk Tan Sri Khalid menjadi MB Selangor sudah tentu berkaitan kesedian PAS membentuk kerajaan campuran dengan UmnoBn yang menjadi salah satu pilihan PAS selain kekal sebagai pembangkang,bahkan Tan Sri Khalid juga telah menyatakan kesediaan beliau membantu UmnoBn merampas serta menawan Selangor dari Pakatan Harapan pada pru14 dan dalam masa yang sama membantu PAS yang banyak membantu beliau.
4. Perkembangan sebegini makin dilihat mendekatkan hubungan cinta panas asmara PAS dan Umno,walaupun pada pru14 akan datang PAS dan UmnoBN dilihat berkelahi kata mengata antara satu sama lain tetapi itu adalah ibarat perselisihan kisah percintaan rajuk merajuk dan memujuk,tetapi dalam masa yang sama PAS tetap berharap akan dapat naik pelamin bersama UmnoBN untuk direnjis air mawar selepas pru14 selesai.
#MogaPasUmnoKeGerbangBahagia
#MogaJodohPasUmnoBerpanjangan
#KekalKeAnakCucu
* DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR, Ahli Parlimen Pokok Sena