Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Trend Duduk Nurul Izzah..

$
0
0
 
 


Selepas ayahandanya, Anwar Ibrahim dipecat daripada UMNO pada September 1998 oleh Perdana Menteri (PM) ketika Tun Dr Mahathir Mohamad, anaknya Nurul Izzah dinobat pengikut-pengikut ayahandanya sebagai ‘Puteri Reformasi’.

Ketika itu, salah satu maksud perjuangan ‘reformasi’ adalah untuk menjatuhkan Mahathir daripada takhta petadbiran negara kerana beliau dituduh seorang diktator yang dilabel dengan gelaran jijik seperti mahafiraun dan mahazalim.

Namun, masa berlalu pantas, 20 tahun kemudian, Mahathir menubuhkan partinya sendiri, PPBM dan menyertai Pakatan Harapan (PH) yang terdiri daripada DAP, PKR, Amanah dan PPBM.

Walaupun baru setahun jagung menyertai PH, namun Mahathir dinobatkan sebagai Pengerusi gabungan pembangkang itu, sedangkan Nurul Izzah masih keliru mencari identiti.

Nurul Izzah pernah diramalkan bakal menjadi PM bagi menggantikan ayahandanya, namun dengan kemunculan semula Mahathir yang membawa pakej anakandanya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, ramalan bekas ‘Puteri Reformasi’ bakal menjadi PM semakin malap.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722