Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

UM kini di tangga ke-46 universiti terbaik asia

$
0
0
ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Kedudukan Universiti Malaya (UM) dalam  Asia University Rankings yang dikeluarkan Times Higher Education (THE) melonjak ke tangga ke-46 tahun ini berbanding ke-59 tahun lalu.
 
Naib Canselornya Datuk Ir (Dr) Abdul Rahim Hashim berkata, sistem penarafan itu merupakan penanda aras UM berbanding institusi pengajian tinggi lain dari segi mengukur kedudukan dan status semasa universiti.
 
“Ia juga amat penting bagi UM untuk terus menambah baik dalam bidang kebolehgajian graduan, jaringan dan kerjasama dengan industri serta perkongsian strategik antarabangsa.
 
“Peningkatan UM dalam ranking juga adalah bukti pelaburan dan inisiatif yang diambil sejak beberapa tahun lalu untuk menambah baik prestasi universiti berada di landasannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
 
Ini merupakan tahun kedua UM menyertai THE University Rankings dan menurut laman sesawang majalah  itu universiti terbaik Asia ialah Nanyang Technological University di Singapura.
 
 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722