Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

790 PATI Filipina dihantar pulang

$
0
0
ANTARAPOS

Post Pic
 
 
SANDAKAN: Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Sabah menghantar balik 790 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dari Filipina menerusi Pelabuhan Sandakan, malam tadi.
 
Pengarahnya, Datuk Rodzi Md Saad, berkata PATI berkenaan terdiri daripada 560 lelaki dewasa, 188 wanita dewasa dan 42 kanak-kanak berusia lingkungan lapan hari hingga 70 tahun, yang dihantar dengan menaiki kapal MV Antonia 1 ke Zamboanga, Filipina.
 
Jumlah PATI yang diusir dari negeri ini, termasuk yang pulang secara sukarela sejak 1990 hingga hari ini, adalah seramai 566,191 orang," katanya pada sidang media di atas Kapal MV Antonia 1 di Pelabuhan Sandakan.
 
Beliau berkata, penghantaran balik PATI ini merupakan komitmen berterusan kerajaan dalam menangani masalah kemasukan pendatang tanpa izin ke Sabah.
 
Dalam pada itu, Rodzi mengingatkan pihak tertentu supaya tidak membuat dakwaan tidak berasas yang boleh membawa implikasi negatif kononnya tindakan pengusiran PATI dilaksanakan kerana berunsurkan politik semasa di negeri ini.
 
Katanya pihak kerajaan dan MKN Negeri Sabah sentiasa bertindak sejajar dengan undang-undang negara dan mematuhi Prosedur Operasi Standard yang ditetapkan.
 
Menurutnya MKN tidak akan berganjak dalam usaha menjadikan Sabah mencapai matlamat sifar PATI dan tidak berkompromi dengan mana-mana pihak demi keselamatan dan kemakmuran rakyat Sabah


Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722