ANTARAPOS

TAIPING: Seorang pekerja kantin di sebuah kilang di sini ditahan reman enam hari bagi membantu siasatan kes kematian bayi perempuannya yang berusia enam bulan kelmarin.
Perintah tahanan reman sehingga Isnin ini dikeluarkan Pendaftar Mahkamah, Noraishah Ahmad di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Utusan Malaysia melaporkan, reman tersebut bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dijalankan terhadap suspek yang berusia 21 tahun.
Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Bayi tersebut, Nur Khayra dimasukkan ke Hospital Taiping pada Jumaat lalu apabila tidak sedarkan diri selepas terjatuh dari buaian
Mangsa bagaimanapun meninggal dunia pada pukul 7.30 pagi kelmarin.
Hasil bedah siasat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh mendapati punca kematian mangsa akibat kecederaan di kepala disebabkan trauma tumpul.