Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Jangan jual lebuh raya PLUS kepada swasta, desak Perkasa

$
0
0

Aset kritikal negara harus diteruskan hak miliknya kepada dua agensi kerajaan.
dp mantan

PETALING JAYA: Pengerusi Biro Pemantau dan Integriti Perkasa, Syed Osman Syed Mansor  (gambar) menyokong pandangan Pengarah FA Securities Sdn Bhd, Ahmad Zakie Ahmad Shariff bahawa aset kritikal negara terus dikekalkan hak miliknya dan tidak dijual kepada syarikat swasta.

“Aset kritikal negara iaitu konsesi lebuhraya yang merentasi lapan negeri Semenanjung harus diteruskan hak miliknya kepada dua agensi kerajaan iaitu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan UEM serta tidak dijual kepada syarikat swasta,” katanya dalam satu kenyataan kepada FMT.

Malah, Perkasa turut mencadangkan agar ia diambil semula sepenuhnya oleh kerajaan dan diurus oleh Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR).

“Sekiranya JKR yang memungut bayaran tol, JKR mampu untuk mengawal harga bayaran tol,” kata beliau yang juga merupakan mantan pengerusi Perkasa Kedah.

Tambah beliau lagi, dari dulu, kerajaan telah melakukan kesilapan besar dengan menswastakan aset-aset kritikal seperti lebuhraya, tenaga dan air serta pengangkutan.

“Ia sepatutnya diurus dan ditadbir oleh pihak kerajaan, kerana walaupun ditadbir oleh pihak swasta, kerajaan turut membantu konsesi bagi mendapatkan pinjaman mudah,” katanya.

“Kenapa kerajaan sendiri tidak melakukannya. Alasan bahawa kerajaan tidak mampu dan tidak mempunyai duit adalah satu alasan yang tidak masuk akal. Adakah ia diberikan untuk kroni-kroni sahaja, sehingga akhirnya rakyat dibebankan dengan peningkatan bayaran yang dikenakan oleh syarikat konsesi.

“Pengguna dibebankan dengan bermacam-macam kos. Oleh yang demikian, demi menjaga kepentingan rakyat, kerajaan seharusnya mentadbir dan mengurus aset-aset kritikal tersebut,” ujarnya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722