Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Paderi Kristian menyamar sebagai jurulatih bola sepak, kata NGO Islam

$
0
0
OLEH ELIZABETH ZACHARIAH


Sebuah badan NGO, Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat) menyeru umat Islam jangan terlalu taksub dengan budaya hendonisme sehingga memudahkan ‘strategi Kristianisasi’ dilaksanakan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 Mei, 2014.  Sebuah badan NGO, Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat) menyeru umat Islam jangan terlalu taksub dengan budaya hendonisme sehingga memudahkan ‘strategi Kristianisasi’ dilaksanakan. – Gambar fail The Malaysian Insider,



Sebuah NGO Islam memberi amaran terdapat paderi Kristian menyamar dihantar ke Malaysia dengan pelbagai penyamaran bagi tujuan menyesat dan seterusnya memurtadkan umat Islam.

Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Abdul Karim Omar berkata "paderi menyamar” ini bekerja dengan kanak-kanak Islam sebagai jurulatih bola sepak dan lain-lain.

"Saya mengenali seorang paderi yang dihantar ke Malaysia, yang kini seorang jurulatih bola sepak di Subang Jaya. Apakah menakutkan adalah terdapat ramai ibu bapa Islam yang menghantar anak mereka ke sana," katanya pada seminar mengenai penggunaan perkataan "Allah" dan Kristologi di Universiti Teknologi Mara (UiTM) hari ini.

"Apa yang berlaku ialah kanak-kanak ini kemudiannya dibawa ke Brazil, berselindung di sebalik menghadiri latihan bola sepak tetapi sebenarnya dibawa melawat gereja-gereja di sana."

Karim mendakwa beliau mengetahui hal "strategi Kritianisasi" ini daripada laman web Brazil yang menyenaraikan nama-nama paderi Kristian dihantar di seluruh dunia untuk melakukan usaha penyesatan.

"Dan terdapat beberapa paderi di Malaysia dan saya berjaya mengesan mereka," katanya.
Beliau juga mendedahkan bahawa graduan muda dari Amerika Syarikat juga digunakan untuk menyesatkan umat Islam di sini.

"Graduan muda ini bekerja untuk gereja di Amerika Syarikat dan di bawah kampus, mereka datang ke sini.

"Mereka berkawan dengan pelajar Islam dan berpura-pura ingin tahu lebih lanjut mengenai Islam, mereka cuba menyesatkan. Sesetengah umat Islam naif membawa pelajar Amerika ini ke rumah untuk bersama-sama menyambut Hari Raya," katanya kepada 1,000 ramai hadirin yang rata-rata terdiri daripada pelajar.

Karim juga kesal dengan kecenderungan orang Islam di Malaysia yang begitu terperangkap dengan budaya hedonisme sehingga tidak mengambil berat tentang isu Allah ini.

"Dan kita tidak serius mengenai ancaman daripada mereka (Kristian). Kita tidak memahaminya.

"Rakan-rakan Kristian kita menggunakannya sebagai satu strategi untuk menyesatkan umat Islam," kata beliau sambil menambah strategi itu sangat berjaya bagi orang-orang Kristian.

Beliau menyeru umat Islam menyebarkan "strategi Kristianisasi" untuk memastikan orang Islam lain tidak jatuh ke dalam perangkap Kristian.

"Saya harap sekarang anda tahu semua perkara ini, anda akan menyebarkan berita ini kepada umat Islam lain," katanya.

Seminar itu dianjurkan bersama Akademi Pengajian Islam Kontemporari  UiTM, Warisan Ibnu Aaby dan Majlis Agama Islam Selangor dengan sokongan Utusan Malaysia, Kumpulan Karangkraf , TV Al -Hijrah, Kumpulan Zikay dan Kumpulan Pantai Bharu.

UiTM berkata seminar itu dianjurkan untuk meningkatkan kefahaman umat Islam mengenai isu-isu mengenai kalimah Allah yang hangat diperkatakan.

Beberapa orang penceramah dari Indonesia turut hadir iaitu Masyud SM, Irena Handono dan Menachem Ali.

Masyud pensyarah juga penulis buku “Christology”, termasuk “Misteri Natal” manakala Irena adalah bekas rahib Katolik yang memeluk Islam pada tahun 1983. Beliau juga merupakan seorang pakar dalam kristologi.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722