Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Merdeka Center: 62% rakyat Malaysia tolak GST

$
0
0

KEADILAN DAILY

62 peratus rakyat Malaysia tolak GST 
KUALA LUMPUR : Sebanyak 62% rakyat Malaysia tidak menyokong pelaksanaan cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), menurut badan penyelidik bebas Merdeka Center.

Dari kaji selidik yang dijalankan sekitar 12 hingga 21 April melibatkan 1,009 responden, 33% daripadanya tidak memahami mengenai GST.

“62% responden tidak bersetuju dengan pelaksanaan GST, jelas menunjukkan walaupun hasil yang akan diperoleh daripada cukai pengguna tersebut, kebanyakan orang awam tidak menyokong pelaksanaannya.

“Manakala 64% responden berkata mereka tidak faham bagaimana ekonomi negara akan bergerak.
“Pandangan tersebut lazimnya datang daripada isi rumah yang berpendapatan rendah, sekitar kawasan pedalaman dan di kalangan wanita,” kata penyelidik bebas itu.

Kaji selidik itu dibuat dari 1,009 responden yang terdiri dari 60% Melayu, 31% Cina dan 9% India dan dibuat menerusi panggilan telefon.

Responden juga ditanya sama ada GST adalah sistem cukai yang adil dan 40% memberi jawapan negatif.

Lebih memburukkan, seramai responden 46% tidak yakin Barisan Nasional (BN) mampu menangani ekonomi sehingga 2020.

51% daripada responden berkata mereka tidak yakin Putrajaya akan dapat mengendalikan ekonomi negara dan memulihkan defisit fiskal.

Manakala hanya 38% daripada 1,009 responden menyatakan mereka mempunyai keyakinan ke atas pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dapat menangani ekonomi Malaysia dan defisit fiskal.

Di samping itu, 52% daripada responden berasa Malaysia tidak akan dapat mencapai status negara maju dalam masa enam tahun

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722