SHAH ALAM - Seramai 500 orang akan dilatih untuk memberi penerangan dan penjelasan mengenai sistem Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kepada seluruh masyarakat di Malaysia.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, kerajaan juga menggunakan saluran media lain seperti di televisyen, radio dan media maya bagi menyebarkan fahaman GST ini.
"Tadi sudah saya menjelaskan bahawa kita telah dan juga akan melatih 500 orang penceramah tentang GST di semenanjung Malaysia. 6 hingga 8 Mei ini 120 orang penceramah GST bagi negeri Sabah, 9 dan 10 Mei buat semenanjung seperti mana dilakukan sebelum ini kepada 330 orang di semenanjung melalui Kastam bagi ia di perjelaskan.
"Selain itu, kita juga menggunakan medai lain di televisyen, radio dan media maya seperti portal yang kita telah sediakan. Kita mempunyai selama 10 bulan dan 25 hari sahaja lagi sebelum GST dilaksanakan dan ia adalah mencukupi. 5 bulan daripada 10 bulan tersebut adalah untuk diberi penjelasan,"katanya kepada pemberita di Bangunan UMNO Selangor, disini hari ini.
Tambah beliau, di dunia ini terdapat 4 kategori pendapatan negara dimana kesemuanya telah melaksanakan sistem GST ini dan ia merupakan satu sistem percukaian agar lebih telus, cekap dan untuk mempertingkatkan daya saing di peringkat global.
"Kategori dalam dunia ini ada 4, pendapatan negara miskin, pendapatan negara serdahana rendah, pendapatan serdahana tinggi dan pendapatan negara maju dimana kesemua negara ini telah melaksanakan GST.
"Melaksanakan GST ini bertujuan untuk memperbaiki sistem percukaian agar lebih telus, berkesan, cekap dan juga untuk mempertingkatkan daya saing negara diperingkat antarabangsa. Walaupun terdapat bantahan atau tidak ada bantahan, ia tetap akan dilaksanakan pada 1 April 2015, GST adalah baik untuk rakyat, peniga dan juga negara" ujarnya.
Ahmad Maslan menambah, GST adalah satu model buat ekonomi Malaysia dan ia berbeza diantara negara-negara lain yang melaksanakannya.
"GST model Malaysia. GST kita bukan seperti negara lain seperti Singapura lain, United Kingdom lain, tapi prinsip peratusan tertentu terhadap penggunaan itu serupa. Yang membezakan adalah kita banyak pengecualian dan banyak kadar sifar," katanya.
Dalam pada masa yang sama, beliau turut melahirkan rasa kesal terhadap segelintir individu yang bertindak menyerang wartawan sewaktu perhimpun Bantah GST 1 Mei lalu.
"Saya amat kesal tentang perkara itu. Mereka tidak sepatutnya membuat perkara demikian dan kita harapkan Persatuan Jurufoto mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan terdapat satu keadilan buat mereka," katanya lagi