Amirul Ashraff
SHAH ALAM 3 Mei - Kesan daripada catuan air yang dilakukan oleh kerajaan negeri Selangor baru-baru ini telah meninggalkan satu kesan negatif terhadap pelaburan yang dilakukan di negeri itu.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata, Selangor telah merekodkan satu pelaburan tertinggi di negara ini pada 2012 dan sekarang ini dapati pelaburan di Selangor berkurangan akibat masalah air ini.
"Kesannya daripada segi pelaburan di negeri Selangor juga hari ini kita melihat telah meninggalkan satu kesan yang negatif.
"Pelaburan dinegeri Selangor pada 2012 merupakan pelaburan terbanyak dalam negara kita dengan 11.8 bilion pelaburan tetapi bila masalah air ini timbul, kita dapati bahawa pelaburan di Selangor telah berkurangan dengan rekod dicatatkan 8.9 bilion,"katanya kepada pemberita di Bangunan UMNO Selangor, hari ini.
Tambah beliau, kita perlu menyedarkan rakyat di Selangor akan kegagalan pentabiran kerajaan Selangor untuk menangani masalah air sehinggakan menyebabkan rakyat menderita.
"Walaupun sudah selesai catuannya tetapi ia masih belum selesai sepenuhnya dan kita perlu memberitahu kepada rakyat kerana kegagalan kerajaan Selangor menguruskan air maka rakyat selangor menderita,"katanya.