Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Kod etika doktor perlu diubah sebelum laksana potong tangan, kata MMA

$
0
0
OLEH ELIZABETH ZACHARIAH


Presiden MMA Datuk Dr NKS Tharmaseelan (tengah) mengatakan sebelum mana-mana doktor memotong tangan, Kod Etika Profesional Doktor perlu diubah terlebih dahulu. – Gambar The Malaysian Insider, 4 Mei, 2014.Presiden MMA Datuk Dr NKS Tharmaseelan (tengah) mengatakan sebelum mana-mana doktor memotong tangan, Kod Etika Profesional Doktor perlu diubah terlebih dahulu. – Gambar The Malaysian Insider,


Mereka yang mahukan pakar bedah menjalankan hukuman hudud perlu mengubah Kod Etika Profesional Doktor sebelum menuntut mana-mana doktor melaksanakan pemotongan tangan, kata Persatuan Perubatan Malaysia (MMA)

Presiden MMA, Datuk Dr NKS Tharmaseelan memberitahu The Malaysian Insider sehingga ia berlaku, ‎setiap doktor perlu mematuhi Akta Perubatan di bawah Majlis Perubatan Malaysia (MMC).

"Akta Perubatan sedia ada berdasarkan 'Sumpah ‎Hippocratic' dan mengawal selia amalan doktor. MMA berperanan menasihati doktor mengikuti undang-undang itu.

‎"Kita tidak mahu doktor melanggar undang-undang dengan melakukan pemotongan tangan dan dikenakan tindakan disiplin oleh MMC," katanya.

Dr Tharmaseelan mengulas mengenai kritikan kumpulan pro-hudud yang menyelar MMA kerana menyarankan kerajaan PAS Kelantan menggunakan khidmat pemotong daging, bukan pakar bedah dalam melaksanakan hukuman hudud.

Ikatan Pengamal Perubahan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik), Prof Dr Azmi Md Nor berkata kenyataan Dr Tharmaseelan itu sangat tidak profesional dan tidak menghormati perasaan umat Islam.

Dr Azmi berkata doktor beragama Islam bukan sahaja akan menjalankan tanggungjawab berdasarkan sumpah perubatan Islam, malah akan memberi sokongan kepada perundangan Syariah.

‎Beliau berkata kenyataan presiden MMA itu dibuat secara terburu-buru dan tidak memahami kepentingan undang-undang syariah kepada rakyat.

Dalam reaksi kepada hal itu, Dr Tharmaseelan berkata MMA sentiasa menghormati kesemua agama dan kaum.

"MMA sudah tentu tidak berkelayakan untuk berbincang atau memberi komen mengenai agama atau apa-apa isu selain daripada perubatan.

"MMA tidak pernah berbuat demikian, namun memotong tangan merupakan isu perubatan," katanya.
Persatuan Perubatan Islam Malaysia (Imam) juga menyokong pelaksanaan hudud, dan menyifatkan Dr Tharmaseelan sebagai kurang sensitif dengan perasaan umat Islam.

Beliau berkata hukuman moral bagi hudud adalah untuk menimbulkan kesakitan, ketakutan dan penyesalan dan pakar bedah tidak boleh melakukan potong tangan menggunakan bius kerana ia akan menidakkan prinsip asas hudud.

"Pengajaran moralnya adalah menimbulkan ketakutan, kesakitan dan taubat untuk tidak mengulangi jenayah dan menjadi pengajaran kepada orang awam agar tidak melakukan jenayah.

‎"Oleh itu, menjalankan hukuman potong tangan menggunakan bius tidak selari dengan prinsip asas hudud. Bagaimanapun, ia adalah persoalan serius di antara aliran pemikiran dan Imam mempunyai pilihan mengikut pendapat Syariah terbaik," kata Presiden Imam, Dr Abdul Rahim Mohamad.

Namun,  Dr Tharmaseelan menekankan di Malaysia hanya wujud satu badan mengawal selia, iaitu MMC - penguatkuasaan etika perubatan dan latihan.

‎MMC dikanunkan dalam Etika Amalan Perubatan dan Kod Etika Professional, di samping itu terdapat larangan daripada MMC yang sentiasa dikemaskini.

Beliau menegaskan bahawa MMA tidak akan mencadangkan sebarang alternatif dalam mana-mana hukuman pemotongan melibatkan anggota badan, kerana ia menyalahi undang-undang di bawah Akta Perubatan.

‎"Ia pendirian Akta Perubatan yang diluluskan Kementerian Kesihatan, ia bertentangan dengan etika perubatan dan latihan memaksa pakar bedah melakukan potong tangan," katanya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722