Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Alternatif GST Sudah Ada, Turunkan Najib & Keluarkan UMNO BN Dari Putrajaya!

$
0
0

KELAB GREENBOC


Pembangkang Kutuk GST Tapi Tidak Sedia Alternatif - Najib


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membidas pembangkang yang mengutuk kerajaan kerana mahu melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada April tahun depan.

Beliau berkata sebaliknya, pembangkang yang tidak bersetuju dengan pelaksanaan cukai itu tidak pernah mengemukakan alternatif bagi menggantikan GST.

"Pembangkang buat demonstrasi pada 1 Mei lepas tetapi sebenarnya kalau dia tidak setuju dengan GST, bagilah alternatif tetapi kita tidak dengar apa alternatif mereka.

"Cuma dia naik pentas kutuk kerajaan, kutuk sahaja tanpa berikan alternatif yang baik untuk negara," katanya ketika melancarkan Majlis Senator Malaysia (MSM) dan logo majlis itu di Bangunan Parlimen di sini, malam Sabtu.

Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang dan Presiden MSM, Senator Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata cara itu tidak mencerminkan pembangkang yang mewakili masyarakat berintelektual kerana mereka sentiasa inginkan input yang lebih rasional mengenai sesuatu perkara.

Menurutnya kerajaan mempunyai asas rasional yang cukup konkrit untuk melaksanakan GST di negara ini.

"Lebih 160 buah negara sudah perkenalkan GST, kita patut sedar bahawa inilah jalan terbaik untuk menjamin masa depan negara," jelas beliau.

Perdana Menteri juga berkata beliau menyokong penuh MSM, yang ditubuh tahun lepas dan dibuka kepada semua anggota Dewan Negara dari Barisan Nasional (BN) dan bekas Senator BN.

Beliau berkata dengan kepelbagaian latar belakang dan kepakaran Senator, kualiti perbahasan Dewan Negara dilihat semakin meningkat.

"Dengan pelbagai latar belakang, ia meningkatkan mutu perbahasan dan boleh mengimbangi Dewan Rakyat bukan sahaja dari sudut dasar-dasar yang dibawa mana-mana parti politik, tetapi apabila sampai ke Dewan Negara ia boleh membawa perspektif yang berbeza," katanya.

Beliau berkata, dengan keseimbangan ini akan memberi manfaat yang besar kepada kerajaan dan memberi input yang bermakna untuk kepentingan rakyat.

Najib berkata, Dewan Negara tidak seharusnya dilabel sebagai 'rubber stamp' oleh sesiapapun kerana peranan yang dimainkan oleh para Senator juga cukup penting dalam menggubal undang-undang.

"Saya diberitahu bahawa perbahasan dalam dewan sangat rancak kebelakangan ini sehingga baru-baru ini Dewan Negara mencatat sejarah perbahasan sehingga 12.43 pagi kerana ingin meluluskan usul titah Diraja," katanya.

Mengenai peruntukan tambahan untuk elaun anggota Dewan Negara, Najib berkata, beliau akan membincangkan dengan Kementerian Kewangan mengenai perkara itu. -mstar



TUN DAIM ZAINUDDIN KATA KERAJAAN PERLU BETULKAN DASAR EKONOMI NEGARA

Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin menggesa Putrajaya mencari jalan untuk menyelesaikan masalah ekonomi negara dan pembangunan demi memajukan kehidupan kaum Melayu.

Beliau yang memegang jawatan itu dari 1984 hingga 1991 semasa zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan perlu melakukan penyelidikan dan membetulkan semula dasar supaya ekonomi negara dapat dimajukan.

"Kerajaan sepatutnya mencari cara serta jalan penyelesaian untuk menangani masalah ekonomi di negara ini.

"Kerajaan juga harus mengambil kira keperluan kita sebagai orang Melayu daripada segi ekonomi dan pembangunan demi memajukan kehidupan bangsa Melayu," katanya dipetik daripada portal Sinar Harian dalam Program Bicara Petang Bersama Tun Daim Zainuddin petang semalam.

Menurut Daim, beliau bukanlah bukan anti-kerajaan ketika mengulas tentang kepincangan menteri kewangan dalam mentabdir urus sistem perbelanjaan negara.

"Saya bukan bermusuh dengan kerajaan, saya cuma anti dengan dasar kerajaan yang sudah lompong dan tidak betul.

"Ini isu yang serius, rakyat harus tahu bahawa dasar yang diamalkan kerajaan tidak memberi faedah serta manfaat kepada rakyat, malah ianya membebankan rakyat daripada segi peningkatan perbelanjaan ekonomi seharian," katanya seperti dilapor portal berkenaan.

Daim turut menggesa kerajaan memenuhkan portfolio menteri kewangan bagi memastikan sistem kewangan dan perbelanjaan negara berjalan dengan lebih baik.

Menurut Daim, beliau yakin aliran perbelanjaan negara dapat diurus dan ditadbir dengan baik sekiranya portfolio menteri kewangan dipenuhkan.

"Ini adalah isu serius, kerajaan Malaysia berhutang RM600 bilion setahun kerana tidak pandai mengurus sistem kewangan dengan baik, ini menyebabkan belanjawan negara menjadi tinggi dan akhirnya rakyat menjadi mangsa.


"Sistem kewangan negara perlu dikaji semula, kerajaan harus bijak mengurus dan mentadbir perbelanjaan negara supaya tidak membebankan rakyat," katanya dipetik dari Sinar Harian.

Daim yang juga merupakan seorang peguam berkata, dasar pincang yang diamalkan kerajaan merupakan faktor utama masyarakat mula menyokong Pakatan Rakyat (PR).

"Apabila perbelanjaan harian meningkat, rakyat akan mula rasa terbeban dengan sistem yang diamalkan kerajaan, sebab itulah pihak pembangkang semakin kuat disokong rakyat.

"Kerajaan tidak boleh marah atau tidak puas hati atas keputusan rakyat yang kini semakin berpihak kepada pembangkang, kerana amalan kerajaan masa kini banyak membebankan rakyat,"katanya.

Selepas Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) gagal merampas kembali majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat, pentadbiran Datuk Seri Najib Razak diserang, termasuk daripada bekas pemimpin kanan Umno seperti Dr Mahathir dan Daim kerana dikatakan membebankan rakyat jelata dengan pengurusan ekonomi yang tidak cekap.

Minggu lalu, Najib mempertahankan pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dengan berkata ianya baik untuk ekonomi dan negara tidak boleh bergantung dengan dasar yang begitu populis.

"Misalnya, dunia tahu GST baik untuk ekonomi sesebuah negara, kita semua yakin langkah ke depan adalah melalui GST yang boleh menentukan masa depan ekonomi negara kita dan kesejahteraan rakyat," katanya pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan di Putrajaya minggu lalu.

"Tetapi masih ada pihak, kerana politik, yang mengambil platform populis menentang, walhal ini adalah untuk kebaikan rakyat.

"Kita akui tahun pertama mungkin ada kenaikan sedikit, tetapi itu sekali sahaja dan tidak terlalu berat, dan kita ada langkah tertentu untuk tidak terlalu membebankan rakyat, dan yang penting asas kewangan negara akan lebih kukuh dan mantap," katanya.

Perdana menteri berkata, langkah yang diambil kerajaan seperti konsolidasi fiskal, rasionalisasi subsidi, termasuk langkah memperkenal GST perlu dilakukan.

Katanya, langkah ini perlu dilakukan dengan kaedah berhemat dan tidak keterlaluan daripada segi pelaksanaannya, atau dalam erti kata lain tidak membebankan rakyat.
-TMI

ULASAN GB

Alternatifnya sudah ada, Najib perlu turun sebagai Perdana Menteri. Semasa beliau memegang jawatan PM dan Menteri kewangan negara berada di ambang kebangkrapan dengan hutang negara hampir mencecah RM600 billion.

Sistem pengurusan kewangan negara yang lemah seperti yang didedahkan oleh Bekas Menteri Kewangan di atas, Tun Daim Zainuddin, ditambahkan dengan ketirisan dan rasuah yang berleluasa menyebabkan rakyat menderita. Tun Daim sendiri yang meminta supaya jawatan penteri Kewangan dipegang oleh orang lain bukan PM sendiri.

Oleh itu, untuk menyelamatkan negara dari bankrap, tiada jawapan lain selain dari Najib perlu turun dan kerajaan UMNO BN perlu ditukarkan bukan dengan dengan pengenaan GST yang akan terus membebankan rakyat.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722