Bahang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) masih lagi terasa setahun selepas rakyat Malaysia keluar beramai-ramai untuk mengundi sama ada pemerintah Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat (PR) ke Putrajaya.
BN menang 133 kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum 5 Mei, kurang tujuh kerusi daripada 2008.
PR menang 89 kerusi, tetapi kehilangan sebuah lagi negeri iaitu Kedah dalam pilihan raya umum yang menyaksikan pakatan pembangkang itu mendapat lebih banyak undi popular.
The Malaysian Insider hari ini melihat kembali nasib pemain politik utamanya 12 bulan selepas pilihan raya umum – pertarungan yang mengesahkan bahawa BN sudah kehilangan sentuhan terhadap pengundi.
Datuk Seri Najib Razak
Penyokong paling setianya juga perlu mengaku beberapa bulan selepas 5 Mei, perdana menteri berada dalam keadaan terumbang-ambing.
Selepas memimpin BN dengan keputusan pilihan raya paling buruk dalam sejarah, dengan tekanan oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan kemarahan orang ramai akibat peningkatan kos sara hidup, pintu keluar terbuka bagi Najib, nasib yang sama seperti Tun Abdullah Badawi selepas pilihan raya umum 2008.
Pada satu tahap, penilaian prestasinya di bawah 50%, tetapi beliau masih selamat tanpa perlu berbuat apa-apa.
Lebih tepat lagi, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak mahu mencabar Najib.
Jadi, beliau kekal berkuasa, tetapi jarang sekali memainkan peranan seorang perdana menteri.
Beberapa bulan akan datang akan menjadi lebih kritikal, dan tugas utamanya adalah untuk mengurangkan kesan kenaikan kos sara hidup bagi berjuta rakyat Malaysia dan pada masa yang sama menunjukkan kepada pelabur, beliau komited mengurangkan defisit bajet.
Pada masa sama, beliau juga perlu mengawal kebangkitan extrimisme dan chauvinisme.
Datuk Seri Anwar Ibrahim
Beliau akan meninggalkan arena politik untuk jangka masa lama. Tidak mungkin beliau di dalam penjara untuk empat tahun sahaja.
Mengapa?
Jika berkelakuan baik, pemimpin utama PR dan musuh BN itu akan keluar penjara tepat pada masanya untuk menjadi tandingan utama pilihan raya umum seterusnya yang dijadualkan pada 2018.
Jadi hukuman penjaranya sedang dalam rayuan, dan nampaknya tokoh politik Malaysia yang paling terkenal dan tunjang yang menyatukan PR itu akan menerima hukuman yang lebih berat.12 bulan ini merupakan masa yang sukar buat Anwar.
PR kelihatan seperti kerjasama yang longgar daripada gabungan yang kukuh, ditarik ke pelbagai arah dengan kedegilan PAS dengan agenda hudud.
Walaupun sebenarnya, lama sebelum isu hudud muncul juga gabungan itu sudah melihatkan tindakan tidak teratur mereka untuk menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.
Ada pengkritik yang mengatakan ketiadaan Anwar akan mempercepatkan kejatuhan PR, dan mungkin juga melemahkan PKR. Pandangan inilah yang paling konvensional.
Tetapi yang baiknya, mungkin jika Anwar melepaskan tongkatnya dalam parti tersebut, golongan muda DAP, PKR dan PAS akan terpaksa menjadi lebih matang dan mengambil alih kuasa.
Datuk Seri Abdul Hadi Awang
Beliau merupakan presiden Parti Islam Semalaysia (PAS), dan setakat itu sahajalah kepentingannya.
Pengundi setia PAS mungkin percaya pemimpin mereka berpeluang menjadi perdana menteri, tetapi hakikatnya beliau tidak mempunyai karisma, idea bernas atau ciri-ciri dinamik untuk menjadi lebih daripada seorang pemimpin parti politik.
Ada sebabnya kerajaan yang dipimpin Hadi di Terengganu hanya bertahan untuk satu penggal: ia ketandusan idea.
Empat bulan selepas 5 Mei, PAS kelihatan tidak bermaya dan hanyut sementara ahli progresif partinya sibuk menangkis serangan daripada golongan alim.
Malah, sudahkah PAS menjalankan post-mortem prestasi mereka bagi pilihan raya umum lalu?
Adakah Hadi mempunyai visi ekonomi untuk Malaysia, ataupun semuanya bermula dan berakhir dengan isu hudud?
Tun Dr Mahathir Mohamad
Walaupun masih mencetuskan tajuk utama akhbar, bekas perdana menteri itu kini dapat melihat pengaruhnya pudar.
Benar, Najib akan bertemu dengannya sekali-kala untuk berbincang dan mendengar rungutannya tentang isu BR1M hinggalah ketagihan kerajaan dalam melantik perunding, tetapi Dr Mahathir masih gagal untuk menggoncangkan Najib.
Apatah lagi Muhyiddin atau Zahid, kedua-duanya tidak berminat untuk membantu Dr Mahathir menyerang Najib.
Tanpa sokongan pemimpin utama Umno yang berminat untuk memainkan peranan sebagai pencabar dan kepercayaan atas rancangan 'waris politik'nya, serangan Dr Mahathir terhadap perdana menteri tidak berpengaruh sama seperti memiliki senjata tidak berpeluru: walaupun cantik di luaran, sebenarnya tidak berguna.
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Dalam 12 bulan ini belum lagi menuturkan kata-kata yang bernilai, apatah lagi melakukan sesuatu yang bernilai.
Para guru sudah pun memberontak terhadap pendidikan berasaskan penilaian, pelajar Malaysia menunjukkan prestasi yang teruk dalam beberapa kajian antarabangsa, dan universiti tempatan jauh menyimpang daripada standard antarabangsa, hinggakan ia memalukan negara.
Namun Muhyiddin masih meneruskan dengan kenyataan bahawa sistem pendidikan negara adalah bertahap antarabangsa.
Spekulasi semakin membesar tentang beliau melepaskan jawatan beliau sebagai timbalan perdana menteri, tetapi berita baiknya: ketiadaan beliau tidak akan dirasai.
Datuk Seri Hishammuddin Hussein
Sedih tetapi benar; jika bukan kerana profil tinggi insiden MH370, beliau hanyalah seorang lagi anggota Kabinet.
Tidak dikenali dan tidak berpengaruh.
Golongan dalaman beliau (pembantu, perunding dan penyokong) percaya prestasinya sebagai respon kerajaan kepada pesawat MH370 yang hilang meningkatkan populariti beliau dan meletakkannya di hadapan persaingan untuk jawatan timbalan perdana menteri.
Tetapi mereka lupa bahawa beliau nyaris tidak menang kedudukan ketiga dalam naib presiden Umno dan ahli-ahlinya tidak akan mengundi berdasarkan kekerapan mereka muncul dalam CNN.
Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Datuk Seri G Palanivel
Tidak berkepentingan. Liow sebenarnya amat bertuah dan sepatutnya berterima kasih kepada rakan lamanya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang mengatakan MCA akan menolak jawatan kerajaan akibat prestasi yang buruk dalam PRU13.
Jika tidak beliau akan ditinggalkan di tengah-tengah ribut MH370.
Mungkinkah beliau berkemampuan mengendalikan perhatian antarabangsa sebagai Menteri Pengangkutan? Tidak mungkin.
Adakah parti beliau lebih kuat kini berbanding era Soi Lek? Tidak.
Palanivel pula, tidak penting dan tidak berkesan sebagai menteri.
MIC sudahpun terumbang-ambing sejak Datuk Seri S Samy Vellu yang paling lama berkhidmat dan seringkali ditohmah kalah pada Pilihan Raya Umum 2008.
Lim Guan Eng
Beliau adalah Ketua Menteri Pulau Pinang dan juga Setiausaha Agung DAP, tetapi kadang-kala seperti tidak pasti peranan manakah yang perlu beliau mainkan.
Lim sudah biasa dengan peranannya sebagai Ketua Menteri tetapi masih bergelut dengan keperluan memgimbangkan kepentingan veteran parti dan idealis berpendidikan muda yang mahukan perubahan yang melangkau Malaysian Malaysia.
Bab-bab parti itu seperti francais dengan keinginan pemimpin kanan untuk kekal berkuasa kerana isu pendidikan vernakular dan prinsip kesamarataan, tetapi menghadap risiko dibalikkan oleh teknokrat muda yang memperjuangkan ekonomi dan alam sekitar.
Lim juga menggunakan idealisme partinya dengan rakan PKR dan PAS, walaupun mengetahui gabungan mereka amat teratur dan lancar dalam mendapatkan kerusi dalam PRU13, DAP sentiasa parti berasaskan bukan Melayu dan pendiriannya Malaysia merupakan negara sekular.