Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Himpunan 1 Mei sebagai produk baru pelancongan

$
0
0

MUHAMMAD FAIZAL





KUALA LUMPUR:“Hari ini kita berada di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad, hari ini perhimpunan kita sebahagian dari produk baru pelancongan.

“Kita harap 1 Mei setiap tahun menjadi acara himpunan, harap Kementerian Pelancongan setuju,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar ketika berucap di hadapan kira-kira 40,000 peserta Himpunan Bantah GST berhampiran Dataran Merdeka, petang ini.

Katanya, himpunan rakyat adalah wujudnya demokrasi kepada rakyat.

Justeru, ujarnya kalau diberi kebebasan sedemikian beliau pasti lebih ramai pelancong yang datang.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata kerajaan telah meluluskan Akta GST di parlimen dan berharap himpunan hari ini sebagai mesej untuk kerajaan melihat bahawa rakyat menolak GST.

“Untuk belum terlewat, Dewan Negara tolak GST, lihat perkembangan yang ada hari ini, kerajaan perlu tarik balik akta tersebut,” tegasnya.

Menurutnya, GST terpaksa dilakukan untuk menambah pendapatan negara yang sepatutnya kerajaan mencari sumber lain, bukannya daripada poket rakyat.

“Pelaksanaan GST ini menyebab rakyat berpendapatan rendah terus tertekan. Saya katakan bahawa cukai ini tidak adil,” ujarnya lagi.


Share on Myspace

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722