Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Putrajaya tetap laksanakan GST, kata timbalan menteri kewangan

$
0
0
THE MALAYSIAN INSIDER

 
Peserta Himpunan Bantah GST berarak ke Bangunan Sultan Abdul Samad di Jalan Raja, Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 1 Mei, 2014.Peserta Himpunan Bantah GST berarak ke Bangunan Sultan Abdul Samad di Jalan Raja, Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 



























Kerajaan akan tetap melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada April 2015 meskipun mendapat bantahan dari sesetengah pihak, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan (gambar).

Katanya, ini kerana kerajaan sudah hampir 30 tahun membuat persiapan bagi tujuan itu.

Sambil menyifatkan perhimpunan membantah GST sebagai tidak wajar, Ahmad berkata penganjur perhimpunan seharusnya menggunakan pendekatan lebih baik untuk menyuarakan pendapat mereka.

"Mereka sepatutnya mengemukakan memorandum berhubung perkara itu, ini (bantahan) hanya bertujuan untuk mempolitikkan segala perkara baik yang kerajaan mahu laksanakan", katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

GST yang dikenakan pada kadar 6% menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan dikecualikan ke atas barangan makanan asas seperti beras, gula, garam, tepung dan minyak masak.

Barangan dan perkhidmatan lain yang turut dikecualikan ialah perkhidmatan kerajaan seperti pengeluaran pasport, lesen dan perkhidmatan kesihatan.

Ahmad Maslan berkata GST bukan perkara baru, malah 90% penduduk dunia mengamalkannya.
"Prinsip yang perlu semua fahami adalah cukai itu diproses daripada rakyat dan dikembalikan semula kepada rakyat untuk tujuan pembangunan sosial dan ekonomi mereka.

"Kerajaan tak simpan duit itu kerana kita akan kembalikan kepada rakyat melalui bajet tahunan," katanya. – Bernama,

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722