Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Demonstrasi besar-besaran langkau had amalan demokrasi, kata Dr Mahathir

$
0
0

THE MALAYSIAN INSIDER

Lautan penyokong yang menyertai perhimpunan 1 Mei bantah GST di depan bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 1 Mei, 2014.Lautan penyokong yang menyertai perhimpunan 1 Mei bantah GST di depan bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 


























 Tindakan mengadakan demonstrasi besar-besaran untuk menjatuhkan kerajaan sebenarnya jauh terpesong daripada landasan amalan demokrasi, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir berkata, tindakan itu juga membuktikan pihak terbabit tidak memahami had kebebasan yang diberi untuk melahirkan rasa tidak puas hati.

Beliau berkata, salah guna amalan demokrasi menyebabkan banyak negara gagal membangun dan berkembang maju khususnya negara yang baru berjinak-jinak dengan amalan itu.

"Kalau kita perhatikan demokrasi yang lama seperti di Eropah dan Amerika, mereka mungkin tidak puas hati dengan kerajaan yang dipilih majoriti tetapi mereka menunggu sehingga pilihan raya sekali lagi untuk menjatuhkannya.

"Sebab itu negara mereka aman, tenteram dan boleh dibangunkan dengan baik," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama di Perhimpunan Agung Persekutuan Antarabangsa Perekabentuk Dalaman/Pereka XXVI dan Kongres REKA 2014 di Kuala Lumpur, hari ini.

Dr Mahathir berkata demikian mengulas tentang perhimpunan menolak pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dianjurkan beberapa badan bukan kerajaan dengan sokongan parti politik pembangkang, yang disifatkan cuma alasan kepada tujuan yang lebih besar iaitu menjatuhkan kerajaan sedia ada.

Sehubungan itu, Dr Mahathir minta rakyat Malaysia memilih sama ada mahu hidup secara aman harmoni, atau dalam keadaan huru-hara atas tindakan tidak bertanggungjawab segelintir pihak.

Beliau sekali lagi menegaskan wakil rakyat pembangkang sepatutnya memainkan peranan lebih berkesan di saluran yang betul iaitu di Parlimen, dan tidak mengheret rakyat ke jalan raya.

"Kalau hendak guna 'street demonstration' tidak guna pilih wakil rakyat sebab tidak pernah berkesan," katanya. – Bernama

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722