Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Obama berniat jahat mainkan perasaan umat Islam, kata Ibrahim Ali

$
0
0
OLEH HASBULLAH AWANG CHIK


Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali hari ini mengecam perjumpaan Presiden Amerika Syarikat dengan beberapa pertubuhan bukan kerajaan semasa lawatan Barack Obama ke Malaysia Ahad lalu. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazur Sufari, 1 Mei, 2014.Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali hari ini mengecam perjumpaan Presiden Amerika Syarikat dengan beberapa pertubuhan bukan kerajaan semasa lawatan Barack Obama ke Malaysia Ahad lalu. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazur Sufari































Datuk Ibrahim Ali hari ini sekali lagi menyelar kedatangan Barack Obama ke Malaysia dan terbaru mengecam pertemuan presiden Amerika Syarikat (AS) itu bersama beberapa badan bukan kerajaan (NGO) lain di Kuala Lumpur.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) itu berkata pertemuan Obama itu berniat jahat dan menunjukkan niat yang tidak baik kepada umat Islam keseluruhannya.

"Dia tak patut jumpa Sisters in Islam (SIS). Kalau betul dia hormat Islam, dia sepatutnya jumpa dengan badan dihormati seperti Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) dan Yayasan Dakwah Islamiah (Yadim) secara rasmi.

"Maknanya dia betul-betul berniat jahat. ‎Saya kesal dan kutuk Obama. Nampak sangat permainan politik yang nak tunjuk baik tetapi niat tidak baik,” katanya kepada The Malaysian Insider sewaktu menghadiri persidangan Pemikir Muslim Antarabangsa di Kuala Lumpur hari ini.

Obama pada Ahad mengadakan pertemuan selama sejam bersama 10 kumpulan masyarakat yang membawa isu hak asasi manusia dan pertuduhan politik terhadap ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bekas pengerusi bersama Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan berkata antara isu yang dibangkitkan kepada Obama adalah polarisasi kaum dan agama, perpecahan politik dalam pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, pilihan raya bebas dan adil serta kawalan media oleh kerajaan.

Ibrahim berkata pertemuan tertutup Obama bersama wakil kumpulan masyarakat berkenaan merlihatkan sokongan yang salah dan niatnya boleh dipersoalkan.

Katanya, jika itu prinsip yang cuba ditegakkan Obama, maka presiden AS itu tidak ubah seperti presidennya sebelumnya, George W Bush.

"Dia senyap-senyap jumpa beberapa NGO yang kontroversi dalam negara ini. Pendirian mereka dari segi Islam, banyak tak betul.

“Dia bercakap tentang Islam tetapi berlandaskan hak asasi manusia, liberal dan tak tahu hukum-hakam, halal dan haram serta syariat Islam.

"Obama tak ikhlas. Niatnya nak mainkan orang Islam. Itu jelas. Obama tiada bezanya dengan George W Bush dan presiden AS yang lain,” katanya.

Sementara itu, bekas naib presiden Perkasa Datuk Zulkifli Noordin tidak sependapat dengan pandangan Ibrahim sebaliknya mendakwa Obama bersikap adil.

Katanya, lawatan rasmi Obama ke Masjid Negara pada pagi Ahad lalu jelas menunjukkan pendiriannya yang tidak berpihak.

”Kita tengok Obama sendiri tanpa permintaan kita dan atas inisiatifnya sendiri mahu melawat Masjid Negara pada Ahad pagi, di waktu orang Kristian sedang sembahyang, sedangkan dia orang Kristian.
“Itu mesej yang sangat jelas. Pada saya Obama meraikan sahaja mereka bukanlah bersetuju atau bersefahaman dengan mereka.

“Kita kena ingat sebagai ketua negara memilih Masjid Negara di pagi Ahad di kala orang Kristian sembahyang, itu satu mesej jelas dia tidak berpihak dalam isu ini,” katanya

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722