Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Hina Karpal: Umno beri nasihat tapi tiada tindakan, kata Tengku Adnan

$
0
0
OLEH DIYANA IBRAHIM

Posting menghina mendiang Karpal Singh sudah dipadam daripada akaun Facebook Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad. Gambar fail.Posting menghina mendiang Karpal Singh sudah dipadam daripada akaun Facebook Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad. Gambar fail.



























Umno hari ini berkata akan bertindak untuk menasihati Ahli Parlimen ‎Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad susulan daripada perbuatan pemimpin itu yang menghina kematian mendiang Karpal Singh di laman Facebook minggu lalu, kata Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor.

Bagaimanapun, katanya, tiada tindakan displin akan dikenakan ke atas ahli Parlimen itu memandangkan Nawawi sudah membuat permohonan maaf secara terbuka.

"Saya sudah komen mengenai kes ini menerusi akaun Twitter saya. Dalam kes membabitkan penghinaan kepada mendiang Karpal, perbuatan seumpama itu memang kita tidak sokong.

"Namun kita tidak akan ambil tindakan kerana ia dilakukan atas kapasiti peribadi dan saya percaya ia mungkin tidak disengajakan. Kita hanya akan menelefon dan memberi nasihat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program karnival remaja di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata, kenyataan yang dikeluarkan pemimpin Umno itu juga tidak mewakil pendirian parti yang jelas bersimpati dan berduka dengan kehilangan ahli Parlimen Bukit Gelugor itu.

Khamis lalu, Nawawi memuat naik gambar kemalangan Karpal dengan memaparkan keratan akhbar penentangan hukum hudud di laman Facebooknya.

Bagaimanapun setelah mendapat kritikan ramai, tiga jam selepas itu, beliau bertindak memadamkan entrinya itu daripada laman Facebook.

Sementara itu, Adnan yang juga merupakan Menteri Wilayah Persekutuan turut ditanya adakah BN akan menghantar calon bertanding dalam pilihan raya kecil akan datang berikutan kekosongan kerusi Parlimen Bukit Gelugor selepas kematian Karpal.

"Kita tunggu presiden parti Datuk Seri Najib Razak untuk putuskan. Saya juga sudah berbincang dengan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang akan melihat dahulu situasi ini," katanya.
Katanya, kerusi Parlimen Bukit Gelugor ditandingi oleh MCA sebelum ini.

"Kerusi tersebut merupakan kerusi MCA kerana peratus bagi pengundi Melayu hanya 10%, India 11% dan Cina 70%. Jadi kita akan dengar apa pertimbangan MCA," katanya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722