Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Bluefin-21 lengkapi 50% kawasan dasar laut mencari MH370

$
0
0

Bluefin-21 akan meneroka sebahagian lagi kawasan pencarian MH370 di Lautan Hindi hari ini. Gambar fail.Bluefin-21 akan meneroka sebahagian lagi kawasan pencarian MH370 di Lautan Hindi hari ini. Gambar fail.


























Kenderaan dasar laut (AUV) Bluefin-21 dilaporkan sudah melengkapi hampir separuh dasar laut dalam kawasan pencarian lokasi pesawat Malaysia Airlines MH370 pada hari ke-44 operasi mencari hari ini, kata pihak berkuasa Australia.

Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (Amsa) bagaimanapun berkata, setakat ini masih tiada penemuan yang diperolehi daripada pencarian di tujuh kawasan dasar laut itu dan operasi hari ini dimulakan di lokasi terbaru.

"Pada pagi ini, Bluefin-21 melengkapi misi pencarian tujuh kawasan dasar laut. Bluefin-21 sudah menerokai  kira-kira 50 % daripada lokasi tumpuan yang ditetapkan," kata Amsa dalam kenyataannya hari ini.

Kenyataan itu berkata, tumpuan dasar laut membabitkan kawasan pusingan sekitar 10 km dari alat kedua pengesan isyarat ping yang dikesan pada 8 April lalu.

"Tiada penemuan berkaitan ditemui dalam tempoh tersebut," katanya.

Amsa berkata, pihaknya kini sedang merancang pencarian berbentuk visual bagi kawasan yang membabitkan kira-kira 48,507 kilometer persegi.

Operasi misi pencarian MH370 hari ini melibatkan 11 pesawat tentera dan 12 kapal.

Kenyataan itu berkata, laporan cuaca meramalkan kawasan pencarian dijangka hujan disertai ribut petir di sesetengah kawasan serta angin kuat.

Pesawat MH370 hilang daripada skrin radar awam pada 8 Mac lalu dalam penerbangannya dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan membawa 279 penumpang dan anak kapal di atasnya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722