Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Fitnah II: Petisyen Rayuan dalam proses dilengkapkan – Latheefa

$
0
0

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR : Pengarah Biro Guaman KEADILAN, Latheefa Koya berkata, satu mesyuarat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diadakan bagi membincangkan petisyen rayuan terhadap hukuman Fitnah II ke atas Ketua Umum KEADILAN itu.

Kata Latheefa, ia termasuk melengkapkan lagi pasukan guaman bagi berhujah dalam Mahkamah Persekutuan selepas peguam Anwar, Karpal Singh maut dalam kemalangan awal Khamis lalu.

Lat“Saya bersama peguam Zaleha Al Hayat akan bersama dengan pasukan peguam Karpal untuk menyiapkan petisyen itu.

“Kami juga akan mengkaji penghakiman Mahkamah Rayuan untuk turut menyumbang kepada rayuan itu,” katanya, lapor SelangorKini.

Menurut Latheefa, ketika ini perkara yang penting adalah memfailkan petisyen rayuan tepat pada masanya.

Bagaimanapun, kata beliau, pihaknya mungkin akan memohon untuk melanjutkan masa ekoran kematian Karpal sesuatu yang tidak dijangka.

Sebelum ini, Karpal memberitahu akan memfailkan petisyen itu pada 24 April ini.

Firma guamannya menerima asas penghakiman pada Rabu lalu, bermakna bermulanya permulaan tempoh 10 hari sebelum petisyen rayuan perlu difailkan.

Petisyen rayuan itu perlu difailkan di Mahkamah Persekutuan sebelum 25 April ini.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722