Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Najib Terima Panggilan Abbot Untuk Tindakan Selanjutnya Berhubung MH370

$
0
0
alt
 
Bariq Ramadhan 
 
 
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah menerima panggilan telefon daripada rakan sejawatannya di Australia, Tony Abbot berkaitan tindakan seterusnya pencarian kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 (MAS) di lautan Hindi pagi tadi. 
 
Pemangku Menteri Pemangkutan, Datuk Seri Hishammudin Hussein berkata panggilan telefon tersebut menunjukkan Malaysia mempunyai hubungan yang istimewa bersama Australia selepas misi pencarian seterusnya perlu diputuskan terlebih dahulu.
 
"Perdana Menteri Australia, Tony Abbot telah menghubungi Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak pagi tadi dan beliau telah berbincang berhubung kait dengan tindakan kita.
 
"Ini merupakan satu hubungan yang cukup istimewa selepas tidak ada sesuatu yang diputuskan tanpa dibincang bersama." katanya.
 
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika membuat sidang media pada Majlis Penutupan Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2014 di sini, hari ini.
 
Hishammuddin yang juga merupakan Menteri Pertahanan turut berkata beberapa langkah lain akan digunakan jika lautan Hindi bukan tempat berakhirnya penerbangan pesawat MH370.
 
"Perdana Menteri Australia telah mengatakan bahawa sekiranya dalam masa yang telah ditentukan. Bukan dari segi hari tetapi dari segi apa yang telah kita dapat melalui maklumat yang telah kita terima. 
 
"Sekiranya itu sudah ditahapnya, pengumuman akan dibuat dimana kita akan menggunakan ayat "We Group and We Consider" kita punya pendekatan.
 
"Ini tidak bermakna kita akan berhenti operasi pencarian kita tetapi bagaimana cara kita lakukan akan difikir semula. Mungkin dikawasan lain," ujarnya.
 
Pada 25 Mac lalu, Najib telah menerima panggilan telefon daripada Abbott memaklumkan mengenai penemuan dua objek oleh Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) dalam misi mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722