Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

NGO Minta Campur Tangan Sultan Selesai Krisis Air

$
0
0

NGO Minta Campur Tangan Sultan Selesai Krisis Air

  • PDF
alt

Amirul Ashraff


PETALING JAYA- Krisis air di Selangor yang kian meruncing dilihat perlu mendapat campur tangan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sebelum masalah tersebut menjadi lebih rumit pada masa akan datang.

Presiden Pertubuhan Minda Sosial dan Prihatin (PMSP), Ramesh Rao berkata, barisan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Selangor tidak akan teragak-agak untuk menyerahkan memorandum kepada Sultan Selangor bagi mengatasi isu air ini sekiranya tiada langkah penyelesaian diambil kerajaan negeri.

"Jikalau tiada penyelesaian, kami tidak takut dan kemungkinan kami akan membuat memorendum besar-besaran bertujuan meminta Tuanku Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor untuk masuk campur didalam isu air ini.

"Apabila isu ini bertambah darurat, kebanyakan pihak hanya melepas tangan dan meminta Tuanku membuat sesuatu berhubung isu ini disebabkan oleh Sultan Selangor adalah 'payung negeri' dan juga ketua segala ketua di negeri Selangor," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat PMSP di Petaling Jaya, hari ini.

Turut hadir pada sidang media adalah Presiden Majlis Jaringan Muhibah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah; Ketua Biro Salah Guna Kuasa, Tony Tan; Wakil Suara Inspirasi Malaysia , Suud Ridzuan Ma'arof dan Presiden Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM), Amir Amsaa Alla Pitchay.

Ramesh kemudiannya meminta Menteri Besar  Tan Sri Khalid Ibrahim untuk membuat pilihan sama ada berkerjama dengan pihak kerajaan yang ingin menolong menangani isu ini atau membubar sahaja DUN Selangor kerana tidak dapat membela nasib rakyat.

alt

"Saya juga ingin memberitahu kepada Tan Sri Khalid Ibrahim jikalau tidak boleh bekerjasama dengan parti DAP, PAS dan PKR, tolonglah bekerjasama dengan pihak yang boleh berkerjasama yang boleh memberi bantuan dan menyelesaikan masalah rakyat.

"Sekiranya tidak boleh juga, bubarlah DUN Selangor dengan segera dan menyerahkan semula mandat kepada rakyat yang pening dengan isu air kerana kerajaan tidak melaksanakan sepertimana dijanjikan dalam manifestonya sebelum ini," tegasnya.

Tambah Ramesh, Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor juga telah membuat satu kesilapan besar dengan menunjukkan keanggkuhan mereka apabila menolak pertolongan daripada kerajaan Negeri Sembilan untuk menyalurkan bekalan air terawat kepada negeri tersebut.

"Negeri Sembilan dengan begitu ihklas semalam telah menawarkan pertolongan untuk menghulurkan air sebanyak 20 juta gelen kepada rakyat Selangor akan tetapi begitu biadap dan keangkuhan PR menolak bantuan tersebut.

"PR mengatakan bahawa mereka mampu menyelesaikan masalah air di negeri Selangor ini. Bukan Menteri Besar yang menolak tetapi exco-exco mereka yang menolak dengan sebulat-bulatnya sedangkan mereka tidak mengetahui sebarang pengetahuan tentang pentadbiran," ujarnya lagi.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722