Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

NGO dedah gereja guna bahasa Melayu promosi muzik Kristian

$
0
0
OLEH DIYANA IBRAHIM

Sepanduk iklan Muzikal Easter yang tergantung di tempat awam. – Gambar Isma, 14 April, 2014. Sepanduk iklan Muzikal Easter yang tergantung di tempat awam. – Gambar Isma
NGO Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) mengkritik tindakan sebuah gereja di Seremban yang menggunakan bahasa Melayu dalam promosi penganjuran Muzikal Easter yang ‎mempunyai unsur memujuk golongan bukan Kristian untuk menghadiri acara tersebut.

Ketua Isma Cawangan Seremban, Zamani Ibrahim yang membuat pendedahan itu, berkata tindakan itu menimbulkan persoalan apabila pihak gereja bukan sahaja menggunakan bahasa Melayu untuk menjalankan promosi, malah ia dilakukan secara terbuka melalui sepanduk iklan yang tergantung di luar premis dan di tempat awam.

"Meskipun penganut mana-mana agama selain agama Islam bebas mengamalkan kepercayaan masing-masing berdasarkan Perkara 3 (1) dalam Perlembagaan Persekutuan, persoalan timbul apabila penggunaan bahasa Melayu digunakan secara meluas dalam mempromosikan muzikal tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Zamani, tindakan tersebut menimbulkan curiga memandangkan penganut Kristian di negara ini yang terdiri daripada kalangan kaum Cina dan India yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan mereka.

Oleh yang demikian, Zamani menggesa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEINS) membuat pemantauan sepanjang acara Muzikal Easter ini berlangsung.

"Hal ini supaya tidak ada mana-mana individu dalam kalangan umat Islam kita yang turut serta dalam sambutan ini dan juga memantau agar tidak terdapat unsur-unsur mahu pun sebarang bentuk sebaran untuk menyampaikan dakwah mereka kepada yang beragama Islam," katanya.

Menurut kepercayaan penganut Kristian, Good Friday merupakan hari memperingati kematian Tuhan Yesus, manakala Easter pula merujuk kepada hari memperingati kebangkitan Tuhan Yesus pada hari ketiga selepas kematiannya, di mana Zamani berkata ia jelas bercanggah dengan ajaran agama Islam.

Hari Easter atau dikenali sebagai Hari Paskah adalah satu perayaan yang lazimnya disambut pada Hari Jumaat (Good Friday) pada akhir bulan April dan awal bulan Mei yang berbeza-beza setiap tahun kerana dipengaruhi oleh pengiraan dan penetapan hari Easter berdasarkan kalendar Ibrani yang merujuk kepada Paschal Full Moon (PFM).

Februari lalu, NGO Islam itu juga  membuat pendedahan mengenai risalah Kristian berbahasa Melayu yang disebarkan di Pinggiran USJ, Subang Jaya, mendakwa ia dilakukan oleh mubaligh Kristian untuk menyebarkan agama mereka.

Risalah yang bertajuk ‘Semua penderitaan akan berakhir tidak lama lagi’ itu memuatkan mengenai keadaan manusia sekarang adalah serupa dengan apa yang dimuatkan dalam Bible.

“Selain itu, risalah tersebut turut mempersoalkan 'siapakah yang berhak memerintah dan pemerintahan siapakah yang paling baik? Dapatkah manusia hidup lebih bahagia jika Tuhan tidak memerintah mereka? Mengapakah Tuhan tidak membinasakan Adam dan Hawa lalu menciptakan sepasang manusia yang lain?', dan pelbagai lagi yang dinyatakan dan dipersoalkan dalam risalah itu,” kata Isma dalam satu kenyataan.

Isma berkata, berdasarkan maklumat di blog akarimomar.wordpress.com, dimaklumkan bahawa anggota sukarelawan pemantauan sekitar kawasan itu berjaya menahan pasangan warga asing yang berkemungkinan berasal dari Amerika Syarikat bersama seorang pemuda berbangsa Cina.

“Menurut mereka, kumpulan Kristian itu dilihat menyebarkan risalah Kristian dalam bahasa Melayu tetapi membuat helah dengan menyatakan bahawa risalah berkenaan hanya diberikan kepada orang berbangsa Cina dan India.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722