Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Nufam desak segerakan bayaran insurans waris anak kapal MH370

$
0
0
OLEH HASBULLAH AWANG CHIK


Tragedi MH370 turut membabitkan keluarga dan waris anak kapal pesawat Malaysia Airlines itu. Gambar fail The Malaysian Insider.Tragedi MH370 turut membabitkan keluarga dan waris anak kapal pesawat Malaysia Airlines itu. Gambar fail The Malaysian Insider.




























Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Malaysia (Nufam) mendesak Malaysia Airlines (MAS) menyegerakan pembayaran insurans dan faedah lain kepada waris anak kapal pesawat MH370.

Nufam berkata, setelah enam minggu MH370 dilapor hilang, ahli keluarga anak kapal tidak menerima amaun selayaknya oleh syarikat penerbangan negara itu.

“Ahli keluarga menderita sejak MH370 dilaporkan hilang. Sesetengah waris mendakwa hanya dibayar RM20,000 di bawah skim syarikat untuk anak kapal.

“Nufam percaya MAS perlu memberikan peruntukan yang lebih besar kepada ahli keluarga anak kapal MH370 kerana belum ada komitmen lain yang dijanjikan bagi memastikan kebajikan mereka terbela,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) pada hujung bulan lalu berkata, anggotanya bersetuju untuk memberi keutamaan dalam memudahkan dan mempercepatkan pembayaran tuntutan bagi penumpang dan anak kapal pesawat MH370.

LIAM berkata, beberapa syarikat daripada 14 anggotanya dalam tempoh memproses tuntutan insurans hayat kepada waris penumpang dan anak kapal yang berada dalam pesawat Boeing 777-200ER itu.

“Waris boleh memfailkan tuntutan mereka sekarang tanpa menunggu sijil kematian. Sebaik sahaja tuntutan yang wajar dikenal pasti, pembayaran boleh diproses dalam masa seminggu,” kata Presidennya, Vincent Kwo.

Kwo berkata, pemeriksaan awal menunjukkan 47 daripada 50 warga Malaysia — 38 penumpang dan 12 anak kapal — memiliki polisi insurans hayat dengan 14 syarikat insurans hayat di Malaysia.

Nufam menggesa kepada pihak yang bertanggungjawab agar segera tampil membantu keluarga anak kapal yang terlibat dalam misteri kehilangan MH370.

Katanya, kerajaan juga digesa memastikan apa sahaja yang diperlukan oleh ahli keluarga anak kapal MH370 kerana kehilangan mereka menunaikan bakti kepada negara.

Penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 malam pada 8 Mac dan gagal dikesan radar kira-kira sejam kemudiannya semasa melintasi Laut China Selatan. –

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722