Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

PKR: Laksanalah hudud di T'ganu, Umno

$
0
0

MALAYSIAKINI



 


Sebagai respon terhadap sokongan Umno terhadap usaha PAS melaksanakan hudud di Kelantan, PKR hari ini berkata, Umno patut mengambil langkah itu di negeri yang ditadbirnya terlebih dahulu seperti di Terengananu.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution berkata demikian sebagai reaksi terhadap kenyataan menteri agama Datuk Jamil Khir Baharom yang mengistiharkan sokongan terhadap usaha membentangkan rang undang-undang persendirian di Parlimen bagi mengetepikan halangan sedia ada.

“Saja anjur nasihat Datuk Ahmad Said menteri besar Terenganu.

"Juga bawa rang undang-undang yang sama di Parlimen kalau benar Jami Khir ini betul bersungguh mahu melaksanakannya,” katanya.

Dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, Saifuddin juga berkata, anggota Parlimen Ketereh yang sedia melobi anggota Parlimen Umno menyokong hudud juga patut mengambil langkah sama.

Kedua-dua negeri Kelantan dan Terengganu mempunyai enakmen hudud masing-masing yang diperkenalkan pada tahun 90-an ketika PAS berkuasa.

Ia bagaimanapun tidak dilaksanakan kerana didakwa bertentangan dengan perlembagaan persekutuan.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722