Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Ibu kini mahu pengislaman anak dibatalkan

$
0
0

 


Ketika Mahkamah Tinggi Seremban memberikan hak penjagaan minggu lalu, ibu Hindu S Deepa tiada rancangan segera untuk bertindak terhadap pengislaman dua anaknya oleh bekas suami mualafnya.

Namun selepas Izwan Abdullah mengambil seorang anaknya tanpa kebenaran, Deepa kini memutuskan untuk membatalkan pengislaman itu.

“Ketika umur 18 tahun, mereka (anak-anak saya) boleh memilih agama yang mereka mahu.

"Saya tidak menentang Islam sama sekali, ramai juga anggota keluarga saya beragama Islam,” kata Deepa.

Ibu Deepa, Siti Aishah Abdullah sendiri turut memeluk Islam.

Deepa mengulas dakwaan Izwan bahawa dia mengambil anak lelakinya yang berumur enam tahun, Nabil, untuk melindungi agamanya.

“Sekarang, saya mahu batalkan pengislamannya. Selepas apa yang berlaku dalam tempoh dua hari selepas mendapat hak penjagaan, saya putuskan akan teruskan perkara ini,” katanya.

Deepa juga berkata, peguamnya kini memfailkan kes terhadap Izwan atas dakwaan menghina mahkamah.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722