MALAYSIAKINI
Wanita MIC berang terhadap Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar kerana tidak bertindak terhadap seorang mualaf yang dituduh menculik anak daripada bekas isteri Hindu yang mendapat hak penjagaan.
“Khalid ambil mudah isu ini dengan (membenarkan) lebih ramai lelaki fikir budaya (keganasan) OK, dan polis ambil masa sendiri untuk ambil tindakan atau (mungkin) tidak langsung mengambil tindakan,” kata ketuanya Mohana Muniandy (kanan).
Dalam kenyataannya hari ini, Mohana menyifatkan tindakan Izwan Abdullah terhadap bekas isteri S Deepa itu sebagai tindakan jenayah dan menuntut tindakan polis.
“Deepa diserang selepas keputusan (memberikan hak penjaan) dibuat. Menurut undang-undang, tindakan serius mesti diambil terhadap Izwan. Wanita MIC gesa IGP lakukannya,” katanya.
Khalid sebelum ini berkata, polis tidak bertindak kerana Mahkamah Tinggi Seremban memberikan hak penjagaan kepada Deepa manakala Izwan pula diberikan hak sama oleh mahkamah syariah.
Selepas memeluk Islam, Izwan mengislamkan dua anaknya, seorang enam dan seorang lagi sembilan tahun tanpa pengetahuan Deepa.
Dua hari selepas keputusan mahkamah sivil, Izwan didakwa melarikan anak lelakinya bongsunya dan dituduh menyerang isterinya.