Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Delegasi lantikan politik ikut TPM ke Dubai, mana pegawai Kementerian?

$
0
0

Azuan Ab Rahman


Muhyiddin YassinKUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Johari mendakwa individu yang menyertai lawatan lima hari Timbalan Perdana Menteri yang merangkap Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Dubai bukan individu penting dalam Kementerian.

Menurut Zairil, hampir semua individu dalam senarai delegasi ke Abu Dhabi dari 8 hingga 2 April lalu hanya pegawai yang dilantik atas sebab politik dan tidak membawa manafaat dalam lawatan kerja tersebut.

“Selain Timbalan Perdana Menteri dan isteri beliau, turut serta adalah pegawai khas, setiausaha beliau dan enam orang pengawal keselamatan.

“Tiada seorang pun pegawai kementerian disenaraikan dalam lawatan tersebut,” kata Zairil pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Petang ini, Pejabat Timbalan Perdana Menteri, menafikan dakwaan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin menghabiskan masa lima hari di Dubai untuk ‘percutian golf’, tetapi dalam rangka lawatan kerjarasmi ke Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Zairil turut menunjukkan salinan senarai 15 individu yang mengikuti Muhyiddin dan isterinya ke Muscat, Oman, Abu Dhabi dan Dubai, UAE dari 7 hingga 12 April 2014.

Menurut Zairil, tindakan Timbalan Perdana Menteri itu sangat bertentangan dengan pengumumam kerajaan yang sebelum ini telah mengumumkan 11 langkah penjimatan yang bakal dilakukan oleh kerajaan.

“Ini satu bentuk pembaziran oleh kerajaan. Tambah lagi, wujud dakwaan mereka berlepas kesana dengan pesawat khas serta tinggal di hotel mewah.

“Sektor awam diminta mengamalkan penjimatan, namun perkara serupa tidak dilakukan Menteri.

” Malah ada laporan mengatakan lawatan kerja tersebut lebih banyak dihabiskan dengan bermain golf, majlis makan malam dan program peribadi,” jelasnya

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722