Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Syabas dapat RM400 juta, masalah air masih tak selesai

$
0
0
Lyn Nasir

rafizi_ramliKUALA LUMPUR  : Rakyat terpaksa menanggung bebanan sehingga hari ini berikutan kegagalan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) dalam mengendalikan pengurusan air meskipun lebih RM400 juta telah diterima dari kerajaan Pusat.

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berkata, ketidakcekapan Syabas jelas diperlihat apabila masalah catuan air terus berlaku dan kerajaan perlu mengambil langkah progresif dalam menangani isu tersebut.

“Jumlah pinjaman tu boleh dianggap sia-sia sahaja. Sebab sehingga hari ini Syabas tidak berjaya untuk menambah baik prestasi air.

“Contohnya dari segi kerugian air (non-revenue water (NRW) sekarang ini.

“Keadaan sekarang kita nampak jelas ketidakcekapan Syabas dalam mengendalikan pengurusan air, kesan besar yang berlaku adalah terhadap catuan, yang susahnya adalah rakyat.

“Jadi sekarang ni kerajaan pusat sendiri perlu mengambil tindakan tegas supaya tidak lagi melindungi Syabas, pengurusan air ini perlu diserahkan kepada kerajaan negeri dan bukannya kepada syarikat swasta.” tegasnya ketika dihubungi.

Jelasnya lagi, krisis tersebut tidak akan berlaku dan mampu menyelamatkan 2.2 juta penduduk sekiranya Syabas menambah baik prestasi NRW kepada 5 peratus.

Namun, keengganan kerajaan pusat menerima saranan kerajaan negeri dimana pengurusan air perlu tidak perlu diserahkan kepada syarikat swasta menyebabkan rakyat terpaksa menanggung beban.

“Kita tahu Syabas akan mengaut keuntungan daripada pengurusan air yang dilaksanakan selama ini, tapi sekarang ini kita nampak jelas yang Syabas memang tidak mampu dan tidak cekap untuk mengendalikan pengurusan air ini.

“Duit dah dapat. Tapi masalah berlaku sampai hari ini. Jangan lagi jadikan rakyat sebagai mangsa semata-mata keuntungan yang cuba diperoleh, sebab keadaan sekarang dah makin kritikal.

“Kalau dulu dengar saranan kerajaan negeri, banyak kawasan yang terselamat daripada dicatu.

“Tapi disebabkan kedegilan mereka, rakyat yang terpaksa menanggung bebanannya,” kata Rafizi.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722